mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisis garis panduan pengambilan pasir sungai dan pembangunan melibatkan sungai dalam memastikan pengurusan sungai yang sempurna

Yaacob, Nurli and Abdul Wahab, Harlida (2013) Analisis garis panduan pengambilan pasir sungai dan pembangunan melibatkan sungai dalam memastikan pengurusan sungai yang sempurna. In: 3rd International Conference on Management (3rd ICM 2013), 10-11 June 2013, Hydro Hotel, Penang, Malaysia.

[thumbnail of 2809141006.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (180kB) | Request a copy

Abstract

Sungai yang merupakan sumber air utama kepada kehidupan manusia haruslah diperlihara agar sumber air dapat terus digunakan oleh generasi akan datang. Pencemaran sungai boleh berlaku daripada pelbagai punca antaranya ialah akibat daripada aktiviti pengambilan pasir sungai dan juga pembangunan di kawasan sungai dan rizab sungai. Walaupun berbagai usaha dijalankan bagi memulihkan sungai yang tercemar, namun kualiti air sungai masih berada di tahap membimbangkan dengan jumlah sungai tercemar semakin bertambah. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis peruntukan Garis Panduan Berkenaan Dengan Pengambilan Pasir Sungai dan juga Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Sungai Dan Rizab Sungai yang merupakan dua garis panduan penting untuk memelihara sungai. Skop perbincangan pula adalah mengkhusus kepada perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh pihak-pihak yang terlibat dengan pengambilan pasir dan juga pembangunan di kawasan sungai dan rizab sungai. Setiap peruntukan dalam garis panduan ini kemudiannya dibincangkan secara terperinci dan cadangan-cadangan penambahbaikan dikemukakan di akhir perbincangan. Kesimpulan menunjukkan garis panduan yang sedia ada mencukupi namun ianya perlu dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa dan dikuatkuasakan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-5705-11-3
Uncontrolled Keywords: sungai, pencemaran, garis panduan pengambilan pasir, garis panduan pembangunan melibatkan sungai
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Nurli Yaacob
Date Deposited: 23 Oct 2014 01:40
Last Modified: 23 Oct 2014 01:40
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/12309

Actions (login required)

View Item View Item