mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan efluen perindustrian dari perspektif undang-undang

Abdul Wahab, Harlida and Yaacob, Nurli (2013) Pengurusan efluen perindustrian dari perspektif undang-undang. In: 3rd International Conference on Management (3rd ICM 2013), 10 - 11 June 2013, Hydro Hotel , Penang Malaysia.

[thumbnail of Pen.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (156kB)

Abstract

Walaupun berbagai usaha dijalankan bagi memulihara sungai sebagai warisan alam, kualiti air sungai masih berada di tahap membimbangkan dengan jumlah sungai tercemar semakin bertambah.Akibatnya, fungsi utama sungai sebagai sumber air bagi kehidupan manusia semakin terjejas akibat pencemaran yang berlaku hasil daripada aktiviti manusia. Antaranya ialah pelepasan efluen perindustrian.Secara umumnya, kertas kerja ini membincangkan kaedah pengurusan sungai melalui pendekatan undang-undang.Penulis menganalisa mekanisma perundangan yakni peruntukan undang- undang berkaitan dengan pencemaran sungai akibat daripada pelepasan sisa atau efluen perindustrian.Sebagai salah satu mekanisma yang mampu menguruskan masalah pencemaran sungai, undang-undang yang dibincangkan di sini adalah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.Skop perbincangan adalah mengkhusus kepada peruntukan berhubung dengan kawalan pencemaran hasil pelepasan efluen oleh kilang-kilang industri.Peruntukan undang-undang yang terlibat dibincangkan secara jelas.Selain itu, perbincangan dan beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan pada bahagian penutup.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN PROCEEDING: 978-967-5705-11-3
Uncontrolled Keywords: pengurusan, sungai, undang-undang, efluen perindustrian, alam sekeliling
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Harlida Abdul Wahab
Date Deposited: 03 Nov 2014 03:55
Last Modified: 03 Nov 2014 03:55
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/12514

Actions (login required)

View Item View Item