Ahmad Sharif, Nurretina (2003) Akta Perlindungan Pengguna 1999: Menangani permasalahan pengguna? Jelapang, 4 (1). pp. 23-33.
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (970kB) | Request a copy |
Abstract
Era globalisasi hari ini telah membuka berbagai peluang kepada penduduk dunia untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan diri.Dari sudut pasaran, perkembangan teknologi dan industri yang pesat membawa bersama-sama arus inovasi serta produk baru bukan saja bagi kegunaan biasa tetapi juga menyentuh gaya dan persepsi hidup pengguna.Pada masa yang sama, amalan 'mass consumption' turut mengakibatkan pengguna berhadapan dengan jurang maklumat yang menyebabkan mereka tidak lagi berupaya menilai barangan dengan sebaik mungkin.Yang nyata, ledakan produk di pasaran dalam bentuk kuantiti mahupun kompleksiti produk yang dihasilkan membawa bersama-sama perubahan ketara terhadap sosio-ekonomi pengguna kini. Realitinya, fenomena ini memberi implikasi yang besar kepada perkembangan kepenggunaan di negara ini.Atas landasan inilah, kertas kerja ini ditulis untuk meninjau peruntukan peruntukan penting yang wujud dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu mekanisma terkini dalam memberi perlindungan kepada pengguna.Kertas ini juga membincangkan sejauh mana Akta ini menangani permasalahan pengguna kerana ia dikatakan lebih komprehensf daripada Akta lain seperti Akta Jualan Barangan 1957.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Prof. Madya Nurretina Hj Ahmad Shariff |
Date Deposited: | 23 Nov 2014 00:51 |
Last Modified: | 23 Nov 2014 00:51 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/12732 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |