mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kepekaan terhadap hak-hak kebebasan asasi di Malaysia: Realiti semasa dan antarabangsa

Ahmad, Rusniah and Megat Latif, Hairuddin (2007) Kepekaan terhadap hak-hak kebebasan asasi di Malaysia: Realiti semasa dan antarabangsa. In: Juris et de jure undang-undang Malaysia : Refleksi era baru. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 85-97. ISBN 9833827144

[thumbnail of 7.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Hak-hak asasi manusia ataupun lebih tepat kebebasan asasi seperti mana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan mengikut Perkara 5-13 merupakan salah satu daripada ciri utama yang membezakan antara kerajaan autokratik dan juga kerajaan demokrasi konvensional.Hak tersebut kini telah menjadi suatu ukuran yang penting untuk menjamin dan menjaga hak rakyat serta kejayaan sesebuah negara itu dalam menjaga hak tersebut.Oleh itu, hak asasi manusia kini sudah mencapai peringkat sejagat di mana telah menjadi hak yang dituntut oleh golongan yang merasakan hak mereka dinafiakan.Ini adalah kerana tahap kepekaan yang semakin meningkat terhadap hak masing-masing hasil daripada tahap pelajaran yang semakin berkualiti dan kesedaran yang makin diakui oleh pihak yang mempunyai autoriti.Walaupun terdapatnya undang-undang yang secara jelas membenarkan pelanggaran berlaku terhadap hak-hak asasi manusia masih terdapat ruang lagi untuk memastikan agar hak ini dihormati oleh pihak yang berwajib.Mahkamah masih berupaya untuk memainkan peranannya untuk mmeriksa ataupun menyemak undang-undang yang melanggar hak kebebasan asasi secara mendalam.Sekiranya pelanggarannya melampaui batas-batas yang dibenarkan oleh undang-undang dan perlembagaan, maka menjadi tugas mahkamah untuk mengisytiharkan undang-undang tersebut sebagai tidak sah kerana melanggar hak kebebasan asasi.Namun, ini adalah lebih mudah diucapkan daripada diimplimentasikan kerana hakim juga dibatasi dengan faktor tertentu yang kadangkala bukan berada dalam kawalan mereka.Oleh yang demikian, kepekaan terhadap hak masing-masing ialah aset yang amat berharga kepada rakyat.Kesedaran yang tinggi hanya boleh dicapai sekiranya pengetahuan ini disebarkan secara meluas. Artikel ini membincangkan isu tersebut dengan menyingkap sejarah undang-undang berkaitan dengan hak asasi di Malaysia dan kedudukannya kini mengikut undang,undang di Malaysia.

Item Type: Book Section
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Madya Dr. Rusniah Ahmad
Date Deposited: 24 Nov 2014 00:58
Last Modified: 24 Nov 2014 00:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/12738

Actions (login required)

View Item View Item