mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Modenisasi ketenteraan China: Suatu tinjauan

Omar, Rusdi and Keling, Mohamad Faisol and Shariffuddin, Mohd Dino Khairri (2004) Modenisasi ketenteraan China: Suatu tinjauan. Jurnal Pembangunan Sosial, 8. pp. 91-124. ISSN 1394-6528

[thumbnail of rusdi.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (647kB)

Abstract

Kejatuhan Soviet Union secara rasminya pada 1991 telah memberikan impak kepada hubungan antara negara dalam sistem hubungan antarabangsa.Jelasnya ia telah mewujudkan sebuah interaksi negara dalam perubahan sistem kepada dominasi Amerika sebagai kuasa Unipolar.Berikutan kejatuhan kuasa komunis Soviet ini, ia telah membuka ruang baru kepada kuasa-kuasa besar yang lain untuk memastikan perlindungan dari segi keselamatan dan kelangsungan hidup sesebuah negara. Apa yang jelas dalam konteks Asia Pasifik, perubahan sistem Bipolar kepada Unipolar telah memberi kesedaran dan mewujudkan bentuk persaingan kepada negara-negara di Asia Pasifik untuk muncul sebagai kuasa dominan di rantau, khususnya China yang dilihat sebagai kuasa besar yang mempunyai, potensi menggantikan kuasa besar Soviet Union. Berikutan tamatnya Perang Dingin dan kejatuhan Soviet Union dijadikan sebagai teladan, China telah menampakkan diri sebagai 'kuasa baru' dengan tidak hanya muncul sebagai kuasa ekonomi tetapi juga sebagai kuasa ketenteraan. Perubahan doktrin pertahanan China untuk muncul sebagai kuasa ketenteraan telah menampakkan kepada dunia dengan keterampilan China dengan membangunkan ketenteraan dan pemodenan People's Liberation Army(PLA) semenjak 1990an ketika China di bawah pemerintahan Deng Xiaoping.Pengamalan'Doktrin Pre-emptive Strike 'dan 'Doktrin Preventive War' telah membuktikan China amat serius untuk menjadikan angkatan pertahanannya sebagai angkatan pertahanan yang paling dominan di rantau Asia Pasifik. Peningkatan penggunaan dan pemilikan terhadap senjata-senjata strategik dan senjata-senjata taktikal adalah bertepatan dengan termaktubnya doktrin untuk mempunyai persenjataan berteknologi tinggi.Namun apa yang menjadi persoalan ialah mengapa China perlu membangunkan ketenteraan dun pertahanan, adakah pembangunan ketenteraan ini bersifat tidak balas (reaction) dalam arena perlumbaan senjata atau ianya bersifat sebagai cegah rintang(deterrence) dan keseimbangan kuasa (balance of power) sebagai strategi keselamatan.

Item Type: Article
Subjects: U Military Science > U Military Science (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 11 Oct 2010 00:47
Last Modified: 11 Oct 2010 00:47
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1283

Actions (login required)

View Item View Item