mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Resolusi syariah oleh Majlis Penasihat Bank Negara Malaysia: Tinjauan perspektif undang-undang

Hussain, Mohammad Azam and Hassan, Rusni and Hassan, Aznan (2013) Resolusi syariah oleh Majlis Penasihat Bank Negara Malaysia: Tinjauan perspektif undang-undang. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 25 (2). pp. 220-237. ISSN 0128-2670

[thumbnail of zam.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (388kB) | Request a copy

Abstract

Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia merupakan badan tertinggi yang ditubuhkan mengikut undang-undang dan mempunyai autoriti dalam menentukan undang-undang Islam dalam hal syariah berkaitan dengan kewangan Islam di Malaysia. Ketentuan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah ini dalam bentuk resolusi syariah yang pertama sekali dikeluarkan bertarikh 8 Julai 1997. Resolusi syariah ini penting sebagai panduan kepada pihak yang berkepentingan terutamanya institusi yang menawarkan perniagaan perbankan dan kewangan Islam, jawatankuasa syariah serta masyarakat awam.Selain itu, resolusi ini juga penting sebagai rujukan kepada mahkamah dan juga penimbang tara dalam memutuskan kes berkaitan dengan kewangan Islam di Malaysia.Makalah ini membincangkan resolusi syariah yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Shariah dari perspektif undang-undang sedia ada dalam mengawal selia urusan kewangan Islam di Malaysia.Makalah ini turut menganalisis isu perundangan yang timbul berkaitan dengan resolusi syariah yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Shariah ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: shariah resolusions, Shariah Advisory Council, banking, Islamic financial
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Mohammad Azam Hussain
Date Deposited: 28 Dec 2014 08:59
Last Modified: 28 Dec 2014 08:59
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/12870

Actions (login required)

View Item View Item