UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Autonomi pesakit-subjek melalui izin bermaklumat dalam penyelidikan klinikal


Yusof, Yuhanif and Che Ngah, Anisah and Amin, Latifah (2011) Autonomi pesakit-subjek melalui izin bermaklumat dalam penyelidikan klinikal. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 23 (2). pp. 198-208. ISSN 0128-2670

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Profesion perubatan dipandang tinggi oleh masyarakat Asia berbanding dengan profesion yang lain.Umumnya, pesakit menganggap doktor komited menjalankan tugasnya kerana profesion mereka melibatkan soal hidup dan mati pesakit.Kedudukan doktor sebagai orang yang berkelayakan dan berpengetahuan dalam bidang perubatan mendorong pesakit bergantung pada doktor.Sejarah membuktikan bahawa kepentingan pesakit adalah lebih terjamin apabila mematuhi arahan doktor. Doktor menggunakan pendekatan paternalisme doktor “A doctor knows best”.Oleh itu, doktor membuat semua keputusan termasuklah aspek penyampaian maklumat kepada pesakit. Walau bagaimanapun, kuasa paternalisme goyah apabila autonomi pesakit diiktiraf secara global.Doktor tidak lagi boleh membuat keputusan tanpa persetujuan pesakit.Secara tidak langsung, prinsip etika perubatan universal, yang mementingkan nilai-nilai individu seperti autonomi melalui izin bermaklumat yang dipraktikkan di Barat, diterima pakai di negara ini.Dalam penyelidikan klinikal, autonomi pesakit-subjek adalah muktamad.Hal ini demikian kerana objektif utama penyelidikan klinikal ini dilaksanakan adalah demi kepentingan pesakit pada masa hadapan. Malah, pesakit-subjek turut berdepan dengan risiko termasuklah kematian.Oleh sebab itu, sewajarnya pesakit-subjek didedahkan dengan maklumat yang lengkap.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: penyelidikan klinikal, autonomi, doktor-penyelidik, pesakit-subjek, izin bermaklumat
Subjects: K Law > K Law (General)
R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Yuhanif Yusof
Date Deposited: 28 Dec 2014 09:20
Last Modified: 28 Dec 2014 09:20
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/12875

Actions (login required)

View Item View Item