UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kajian tinjauan tren dan pelaksanaan undang-undang rasuah di Malaysia


Abdul Rahman, Rohana and Yeon, Asmah Laili and Ayub, Zainal Amin and Ahmad Sharif, Nurretina (2014) Kajian tinjauan tren dan pelaksanaan undang-undang rasuah di Malaysia. In: UUM International Conference on Governance 2014 (ICG), 29th - 30th November 2014, Flamingo Hotel By The Beach, Pulau Pinang.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (537kB)

Abstract

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan usaha berterusan serta mengadakan pelbagai strategi dan institusi dalam menangani gejala rasuah dan mempromosi integriti di kalangan masyarakat.Walau bagaimanapun, usaha dan strategi yang telah dilakukan masih belum mencukupi untuk membanteras gejala rasuah.Ini berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Transparency International, Corruption Perception Index Malaysia 2013 berada di tempat ke 53 dari 177 buah negara yang dinilai. Dari tahun 2009 sehingga 2011, kedudukan dan indeks Malaysia telah menurun.Pada tahun 2009, indeks Malaysia ialah 4.5 dan pada tahun 2011, indeks Malaysia semakin menurun kepada 4.3. Walau bagaimanapun pada tahun 2012, indeks Malaysia meningkat kepada 4.9 dan tahun lepas (2013) Malaysia mencapai skor 5.0. Mengapakah senario turun naik ini terjadi? Objektif kajian ini ialah untuk meneliti tren rasuah di Malaysia, menganalisis peruntukan undang-undang yang berkaitan jenayah rasuah dan mengkaji pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang berhubung rasuah di Malaysia.Analisis awal dapatan kajian ini berdasarkan data yang diterbitkan oleh SPRM ke atas tren rasuah dan pelaksanaan undang-undang. Dapatan awal kajian mendapati bahawa penguatkuasaan Akta SPRM 2009 telah mempengaruhi secara positif jumlah siasatan, tangkapan dan sabitan kes rasuah di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN NO: 978-983-2078-95-1 Organizers: Institute for Governance and Innovation Studies (IGIS), College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) and University of Muhammadiyah Malang, Indonesia
Uncontrolled Keywords: rasuah, integriti, Akta Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mdm. Rohana Abdul Rahman
Date Deposited: 21 Jan 2015 08:05
Last Modified: 21 Jan 2015 08:05
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/13138

Actions (login required)

View Item View Item