mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Seksualiti dan kehamilan: Pengalaman remaja di institusi perlindungan dan pemulihan

Jamaluddin, Zakiyah and Abd Manaf, Abdul Razak and Sayuti, Rusimah (2014) Seksualiti dan kehamilan: Pengalaman remaja di institusi perlindungan dan pemulihan. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 7.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (479kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada isu remaja hamil tanpa nikah yang ditempatkan di beberapa buah institusi perlindungan dan pemulihan di Semenanjung Malaysia.Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti pengalaman remaja dalam aktiviti seksual dan kehamilan mereka.Kajian ini bersifat kuantitatif di mana pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah tinjauan (survey) yang melibatkan responden di empat buah institusi perlindungan dan pemulihan Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden (60%) melakukan hubungan seksual secara sukarela, 88% tidak menggunakan kondom sebagai pencegahan kehamilan dan 96% hamil kali pertama.Seramai 39 orang responden menyatakan mereka merasa bersalah apabila mengetahui diri mereka hamil manakala 38 orang lagi merasa malu.Namun, di sebalik perasaan bersalah dan malu itu, terdapat 48% yang menyatakan akan memelihara anak mereka sendiri selepas dilahirkan.Terdapat juga beberapa masalah dan kesukaran yang dialami semasa kehamilan seperti perasaan sedih, mudah menangis dan rasa lemah serta sakit di bahagian badan.Justeru, mereka memerlukan sokongan dari segi maklumat penjagaan diri ketika hamil, penjagaan pemakanan serta penjagaan kandungan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: seksualiti, kehamilan, pengalaman, remaja hamil tanpa nikah, institusi perlindungan dan pemulihan
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Zakiyah Jamaluddin
Date Deposited: 27 Jan 2015 01:55
Last Modified: 27 Jan 2015 01:55
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13193

Actions (login required)

View Item View Item