Wan Abdullah, Wan Abd Rahman Khudzri and Wan Ahmad, Wan Ibrahim and Shaffie, Fuziah (2014) Beberapa aspek penyertaan pengamal kerja perkhidmatan sosial NGO Islam di negeri Kedah dan Perlis dalam keusahawanan sosial. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (834kB) | Request a copy |
Abstract
Akhir-akhir ini keusahawanan sosial dilihat sebagai satu komponen penting dalam pembangunan negara. Bagaimanapun tidak ramai penduduk yang berminat melibatkan diri dalam keusahawanan sosial ini.Makalah ini memaparkan sebahagian daripada hasil penyelidikan yang dilakukan ke atas penyertaan pengamal kerja perkhidmatan sosial pertubuhan sukarela Islam dalam keusahawanan sosial di negeri Kedah dan Perlis, Malaysia yang dilakukan pada akhir tahun 2011.Makalah ini secara khususnya, bertujuan untuk menganalisis beberapa aspek penyertaan pekerja perkhidmatan sosial pertubuhan sukarela Islam dalam keusahawanan sosial. Untuk mencapai tujuan ini seramai 76 orang pekerja pertubuhan sukarela Islam telah dipilih secara bertujuan daripada pelbagai pertubuhan sukarela Islam yang terdapat di negeri Kedah dan Perlis, sebagai responden kajian.Data dikumpulkan melalui temu bual bersemuka di pertubuhan sukarela Islam yang telah dikenalpasti. Hasil kajian menunjukkan pekerja pertubuhan sukarela Islam ini terlibat dalam 14 buah pertubuhan sukarela Islam yang terdapat di negeri Kedah dan Perlis, yang sebahagian besarnya secara sambilan. Kebanyakan responden yang ditemui menyertai pertubuhan sukarela ini di antara tahun 2001 - 2010, malah ada yang telah melibatkan diri sejak tahun 1980-an dahulu lagi.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia |
Uncontrolled Keywords: | social entrepreneurship, development, social service worker practitioner, Islamic NGOs |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
Divisions: | School of Applied Psychology, Social Work & Policy |
Depositing User: | Dr. Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah |
Date Deposited: | 27 Jan 2015 02:12 |
Last Modified: | 26 May 2016 02:09 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13201 |
Actions (login required)
View Item |