Alias, Norfadilawati and Shaffie, Fuziah (2014) Kesan obesiti ke atas psikososial remaja. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (602kB) | Request a copy |
Abstract
Natijah perkembangan ekonomi Malaysia yang pesat telah meningkatkan taraf hidup sekaligus mengubah gaya hidup rakyat.Perubahan gaya hidup yang lebih moden ini telah meningkatkan kadar kes obesiti secara drastik daripada 4.4 peratus (1996) kepada 15.1 peratus (2011).Malahan, Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penduduk obesiti tertinggi dalam kalangan negara ASEAN dan tempat ke enam di rantau Asia Pasifik.Pada tahun 2011, dianggarkan 2.6 juta individu dewasa dan 500 ribu yang berusia 18 tahun ke bawah mengalami masalah obesiti yang diasosiasikan dengan pelbagai komplikasi kesihatan fizikal dan psikososial. Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai kesan obesiti dari aspek psikososial melalui tinjauan literatur.Pengalaman diejek berkaitan berat badan, tingkah laku buli, penolakan dan pengasingan sosial serta kemunduran akademik merupakan antara implikasi yang sering dilaporkan berlaku oleh remaja obesiti dari aspek sosial.Manakala dari aspek psikologi, kemurungan, amalan diet, gangguan pemakanan dan tahap kualiti hidup, penghargaan kendiri serta imej tubuh badan yang rendah dikenalpasti antara masalah yang mempunyai hubungan dengan obesiti. Justeru itu, pendekatan kerja sosial melalui pelaksanaan intervensi yang bersesuaian amat wajar bagi membantu remaja obes yang menghadapi masalah psikososial memperoleh kehidupan yang sejahtera.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia, |
Uncontrolled Keywords: | Obesiti, Remaja, Psikologi, Sosial, Kerja Sosial. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | School of Applied Psychology, Social Work & Policy |
Depositing User: | Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie |
Date Deposited: | 28 Jan 2015 06:22 |
Last Modified: | 28 Apr 2016 01:40 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13205 |
Actions (login required)
View Item |