mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Profil remaja berisiko tinggi

Shaffie, Fuziah and Md Ali, Ruzlan (2009) Profil remaja berisiko tinggi. Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789675311147

Full text not available from this repository.

Abstract

Pelbagai kegiatan negatif seperti melakukan hubungan seks sebelum kahwin, membaca dan menonton bahan-bahan lucah, terlibat dengan dadah dan sebagainya telah dikaitkan dengan remaja. Memandangkan remaja merupakan aset yang akan menentukan kejayaan negara pada masa hadapan, sebarang masalah salah laku dalam kalangan remaja perlu diberi perhatian yang serius kerana ia merupakan ancaman terhadap kesejahteraan masyarakat. Justeru, buku yang diterbitkan hasil daripada satu kajian mengenai remaja berisiko tinggi di Negeri Kedah yang dijalankan untuk mengenal pasti salah laku disiplin sekolah dalam kalangan murid yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, menghasilkan profi l murid berisiko tinggi, dan membentuk Modul Pembangunan Remaja.Modul Pembangunan Remaja yang dibentuk oleh penyelidik mengandungi lapan unit meliputi aspek kerohanian, kendiri, kekeluargaan, persahabatan, guru, sahsiah, patriotism dan kerjaya. Seramai 172,433 murid di sekolah menengah di Negeri Kedah terlibat dengan kajian ini. Pecahan perlakuan salah laku amat ketara didominasi oleh murid-murid lelaki yang melibatkan item-item tingkah laku seperti kenakalan, ponteng, tidak jujur, musnah, kurang sopan dan biadap, tidak mementingkan masa, kekemasan diri, lucah dan jenayah. Dengan adanya buku ini, penulis berharap agar dapatan yang dipaparkan dapat dimanfaatkan untuk mengendalikan program-program yang menyumbang ke arah pembangunan remaja dan membantu usaha kerajaan dalam membangunkan remaja di Negeri Kedah dan Malaysia amnya.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie
Date Deposited: 18 Oct 2010 09:24
Last Modified: 18 Oct 2010 09:24
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1351

Actions (login required)

View Item View Item