mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Permasalahan pelaksanaan undang-undang muamalah di mahkamah sivil

Hussain, Mohammad Azam (2005) Permasalahan pelaksanaan undang-undang muamalah di mahkamah sivil. In: Pengukuhan dan transformasi ekonomi & kewangan Islam prosiding Seminar Ekonomi dan Kewangan Islam, 29 - 30 Ogos 2005 ESSET Bangi. Jabatan Ekonomi Awam & Kewangan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 231-240. ISBN 983215586X

[thumbnail of Mohammad_Azam_Hussain[1].pdf] PDF
Download (265kB)

Abstract

perkembangan positif operasi perbankan dan takaful yang berlandaskan hukum Syarak memperlihatkan bahawa sistem Muamalah Islam kini berupaya menyaingi sistem konvensional di Malaysia. Namun, seandainya diteliti secara mendalam, urusan Muamalah Islam yang dipraktikkan adalah lebih tertumpu kepada aspek operasi sahaja yang berlandaskan Islam sebaliknya tidak aspek perundangan. Apabila timbul pertikaian, Mahkamah Sivil yang akan memutuskannya dan bukannya Mahkamah Syariah. Perkara ini sewajarnya tidak berlaku lantaran negara Malaysia yang mempunyai dwi sistem perundangan iaitu Sivil dan Syariah. Lantaran itu, sudah pastilah berlaku pertentangan prinsip perundangan dalam kes-kes yang melibatkan urusan Muamalah Islam. Ini memperlihatkan kejanggalan dalam undang-undang Muamalah apabila menerima pakai undung-undang sivil dalam kes-kes Muamalah. Kertas kerja ini akan membincangkan permasalahan yang timbul serta implikasinya terhadap sistem perundangan Islam amnya dan sistem Muamalah Islam khususnya apabila kes-kes ini dibicarakan di Mahkamah sivil melalui kajian ke atas beberapa kes yang telah diputuskan di Mahkamah Sivil.

Item Type: Book Section
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 24 Oct 2010 08:19
Last Modified: 24 Oct 2010 08:19
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1410

Actions (login required)

View Item View Item