UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Keberkesanan cuti hari sabtu pertama dan ketiga dalam membangunkan industri pelancongan domestik negara: Kajian kes pekerja-pekerja di negeri-negeri Utara Semenanjung


Mokhtar, Mohammad Fauzi (2007) Keberkesanan cuti hari sabtu pertama dan ketiga dalam membangunkan industri pelancongan domestik negara: Kajian kes pekerja-pekerja di negeri-negeri Utara Semenanjung. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (285kB) | Request a copy

Abstract

Industri pelancongan negara berkembang pada kadar yang amat memberangsangkan pada setiap tahun.Namun demikian, pergantungan kepada kedatangan pelancong asing menjadikan industri ini amat rapuh memandangkan kedatangan mereka ke negara ini amat dipengaruhi oleh sentimen dan isu-isu sensitif seperti Perang Teluk II, wabak SARS, pengeboman Bali dan Jakarta dan sebagainya.Keadaan ini telah membuatkan kerajaan berusaha untuk mengembangkan sektor pelancongan domestik kerana ia mempunyai potensi besar untuk memajukan industri pelancongan secara keseluruhannya.Pewartaan hari Sabtu pertama dan ketiga sebagai hari cuti umum merupakan satu usaha serius pihak kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia bercuti di dalam negara di samping kempen-kempen seperti Cuti-Cuti Malaysia, Karnival Jualan Mega, Citrawarna Malaysia, Pesta Buah-Buahan Tempatan dan sebagainya.Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat samada hari cuti Sabtu pertama dan ketiga telah digunakan oleh kakitangan kerajaan untuk pergi melancong.Kajian ini juga dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada kakitangan kerajaan untuk pergi melancong pada hari-hari Sabtu tersebut.Kajian ini telah dijalankan di tiga negeri Utara Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dan telah melibatkan sejumlah 400 orang responden dari ketiga-tiga negeri tersebut. Hasil penganalisaan mendapati lebih dari separuh kakitangan kerajaan yang terlibat dalam kajian ini telah memanfaatkan cuti tersebut untuk pergi melancong.Dan kajian ini juga mendapati bahawa halangan utama untuk kakitangan kerajaan pergi melancong ialah “kekangan masa” dan diikuti oleh faktor “ingin berehat bersama keluarga di rumah”.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod s/o: 11282
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mr. Muhammad Fauzi Mokhtar
Date Deposited: 28 May 2015 03:48
Last Modified: 28 May 2015 03:48
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14356

Actions (login required)

View Item View Item