UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Amalan pendekatan belajar


Md Ali, Ruzlan and Shaffie, Fuziah (2009) Amalan pendekatan belajar. Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789675311055

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini memuatkan kajian yang bertujuan meninjau hubungan antara pendekatan belajar dengan prestasi akademik dalam kalangan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Inventori Pendekatan Belajar yang dibina oleh Entwistle dan Tait (1992) dan dikenali sebagai “Revised Approaches to Studying Inventory (RASI)” telah diubahsuai oleh pengkaji dan digunakan dalam kajian ini. Kajian yang berbentuk kajian kes ini melibatkan 223 pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan Pendidikan di Universiti Utara Malaysia sebagai responden. Tiga dimensi pendekatan belajar telah dikaji, iaitu pendekatan permukaan, pendekatan mendalam dan pendekatan strategi. Hasil kajian, antara lain, menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pendekatan belajar berdasarkan pengalaman bekerja seseorang pelajar. Bagi dimensi pendekatan strategi, terdapat perbezaan antara pelajar yang pernah bekerja dengan yang tidak pernah bekerja. Analisis data juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan belajar dengan pencapaian akademik pelajar.

Item Type: Book
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie
Date Deposited: 04 Nov 2010 02:53
Last Modified: 04 Nov 2010 02:53
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1483

Actions (login required)

View Item View Item