mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keusahawanan & pengurusan perniagaan kecil

Hamed, Abu Bakar (2005) Keusahawanan & pengurusan perniagaan kecil. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9833282237

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku Pengurusan Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil ini diterbitkan seiring dengan perkembangan bidang keusahawanan dan perniagaan yang menjadi nadi utama pembangunan ekonomi negara. Ilmu keusahawanan dan pengurusan perniagaan menjadi salah satu subjek utama bagi program tertentu di institusi pengajian tinggi. Pada masa yang sama, bidang keusahawanan dan pengurusan perniagaan juga menjadi salah satu mata pelajaran yang diajar pada peringkat sekolah menengah. Sementara itu, agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan berperanan memindahkan ilmu pengurusan perniagaan kepada usahawan di seluruh Malaysia. Buku ini membincangkan semua aspek asas keusahawanan dan pengurusan perniagaan yang diperlukan oleh seseorang usahawan atau pengurus dalam mengurus syarikat perniagaan mereka. Buku ini mengandungi 18 bab yang merangkumi bidang keusahawanan, pengurusan, pemasaran dan kewangan. Perbincangan dalam buku ini dimulakan dengan konsep keusahawanan dan perniagaan kecil yang membincangkan motivasi dan galakan perniagaan; keusahawanan dan perniagaan; sumbangan perniagaan kecil; masalah dan manfaat perniagaan kecil serta konsep usahawan bersepadu. Pembaca juga boleh membuat penilaian berhubung dengan nilai keusahawanan terhadap diri sendiri. Seterusnya perbincangan akan menyentuh persekitaran dan jaringan perniagaan, bentuk-bentuk perniagaan, idea memulakan perniagaan dan analisis persekitaran serta pembentukan rancangan perniagaan.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: College of Business
Depositing User: Prof. Madya Dr. Abu Bakar Hamed
Date Deposited: 12 Nov 2010 01:37
Last Modified: 12 Nov 2010 01:37
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1517

Actions (login required)

View Item View Item