mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian keperluan sistem pengurusan dan penyimpanan data untuk pihak berkuasa tempatan: Majlis Daerah Kubang Pasu

Yaakub, Abdul Razak and Saip, Mohamed Ali and Zainol, Zaida and Omar, Mazni (2005) Kajian keperluan sistem pengurusan dan penyimpanan data untuk pihak berkuasa tempatan: Majlis Daerah Kubang Pasu. In: Proceedings of the Seminar Kebangsaan Sosio-Ekonomi & IT Ke 3, 20-21 August 2005, Kangar, Perlis. (Unpublished)

[thumbnail of 1_kajian_keperluan_sistem_SEMINAR_SOSIOEKONOMI_&_IT_KE3[1].pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (177kB)

Abstract

Pentadbiran sesuatu kawasan atau daerah dalam negara ini dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). PBT bertanggungjawab meluluskan pelbagai projek pembangunan, pelan dan infrastruktur, lesen perniagaan, dan mengurus kemudahan sosial. Oleh itu, kelancaran jentera pentadbiran PBT amat penting bagi memastikan segala kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat setempat dapat dipenuhi. Kajian ini dilakukan untuk menilai penggunaan sistem maklumat berkomputer dalam urusan pentadbiran, perkhidmatan dan perniagaan (3P) bagi Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP). Dua buah PBT yang terpilih dengan rekod kecemerlangannya telah digunakan sebagai penanda aras.Metodologi yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa definisi dan memahami keperluan, fasa analisis dan fasa pelaksanaan. Kajian mendapati penggunaan sistem maklumat berkomputer telah dapat membantu melicinkan urusan 3P di dua PBT terpilih tersebut di samping dapat menambah sumber pendapatan dan kecekapan kakitangan. Hasil analisis yang dijalankan, kajian ini mencadangkan beberapa langkah yang perlu diberi perhatian oleh PBT MDKP terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan sistem maklumat berkomputer.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pihak Berkuasa Tempatan, Pentadbiran, Perkhidmatan Dan Perniagaan, Sistem Pengurusan Dan Penyimpanan Data
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Abd Razak Yaakub
Date Deposited: 21 Nov 2010 03:11
Last Modified: 21 Nov 2010 03:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1575

Actions (login required)

View Item View Item