mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keinginan pengguna untuk membeli produk berjenama mewah tiruan: Satu kajian di Malaysia

Ahmad, Intan Shafinaz and Perumal, Selvan and Shaari, Hasnizam (2013) Keinginan pengguna untuk membeli produk berjenama mewah tiruan: Satu kajian di Malaysia. In: Conference on Business Management Research 2013, December 11, 2013, EDC, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

[thumbnail of 4.pdf]
Preview
PDF
Download (435kB) | Preview

Abstract

Pengeluaran dan penjualan produk tiruan merupakan satu isu yang tiada akhirnya dan mejadi masalah yang semakin serius di pasaran antarabangsa amnya dan pasaran Malaysia khususnya.Permasalahan utama berkaitan produk tiruan membabitkan pelbagai aspek iaitu kepada pengguna (kesihatan dan keselamatan), kesannya kepada pemegang IPR ( ekuiti jenama dan kehilangan volum jualan), ekonomi/kerajaan (kehilangan cukai dan isu integriti), pengeluar produk tiruan (risiko perundangan), serta aspek sosial (kehilangan kerja).Peniruan produk di pasaran begitu ketara apabila membabitkan produk berjenama mewah terutamanya bagi kategori produk fesyen daripada jenama-jenama terkenal. Kertas kajian ini cuba mengenal pasti kesan faktor personaliti, dan faktor sosial ke atas sikap pengguna terhadap produk tiruan dan keinginan pengguna untuk membeli produk berjenama mewah yang tiruan di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by: School of Business Management,College of Business, Universiti Utara Malaysia.
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Dr. Selvan a/l Perumal
Date Deposited: 10 Dec 2015 02:49
Last Modified: 18 Apr 2016 00:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16344

Actions (login required)

View Item View Item