mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pampasan gantirugi dalam kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia dalam perundangan sivil dan Islam: suatu kajian kes

Mohd Khair, Siti Khadijah and Md Dahlan, Nuarrual Hilal (2015) Pampasan gantirugi dalam kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia dalam perundangan sivil dan Islam: suatu kajian kes. In: USM International Conference on Social Sciences 2015 (USM-ICOSS2015), 27th – 28th August 2015, Rainbow Paradise Beach Resort, Penang.

[thumbnail of 9.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (597kB) | Request a copy

Abstract

Kuantum pampasan gantirugi dalam kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia dalam perundangan Sivil dilihat masih mempunyai kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya bagi ikhtisar kecederaan diri dan kematian bagi pihak mangsa yang terlibat.Di antara objektif utama penulisan ini adalah untuk mengkaji dengan terperinci berkenaan kuantum dan jumlah bagi ikhtisar kecederaan diri melibatkan pihak mangsa yang mengalami kecederaan diri akibat kemalangan jalan raya dengan mengharmonikan pemakaian prinsip diyat dan dhaman menurut perundangan Islam seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan negara.Secara praktikal, kuantum pampasan gantirugi bagi ikhtisar kecederaan diri masih menggunapakai prinsip ‘continental skill’ di bawah ‘common law’ sebagai rujukan dalam perundangan Sivil bagi kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu rumusan yang sesuai dan sewajarnya mengenai kemungkinan pelaksanaan diyat dan dhaman secara komprehensif khususnya berhubung kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia bagi menjamin keadilan kesemua pihak yang terlibat.Sehubungan itu, satu kajian kes telah digunapakai sebagai metodologi di dalam kajian ini agar setiap permasalahan dapat dikaji dengan lebih terperinci berhubung kuantum pampasan gantirugi.Oleh yang demikian, suatu pendekatan yang boleh dibuat adalah bagi mengharmonikan pemakaian prinsip diyat dan dhaman di dalam pemberian pampasan gantirugi bagi ikhtisar kecederaan diri dan kematian melibatkan kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 978-967-11473-3-7
Uncontrolled Keywords: kuantum pampasan gantirugi; ikhtisar kecederaan diri; diyat; dhaman.
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mdm. Siti Khadijah Mohd Khair
Date Deposited: 10 Feb 2016 02:38
Last Modified: 10 Feb 2016 02:38
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/17105

Actions (login required)

View Item View Item