mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hukuman jenayah dan preventasi HIV/AIDS: Satu tinjauan

Hashim, Marina and Abd. Rahim, Anita (2015) Hukuman jenayah dan preventasi HIV/AIDS: Satu tinjauan. In: USM International Conference on Social Sciences 2015 (USM-ICOSS2015), 27th – 28th August 2015, Rainbow Paradise Beach Resort, Penang.

[thumbnail of 13.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (591kB) | Request a copy

Abstract

HIV/AIDS merupakan satu pandemik yang dilaporkan di seluruh dunia dan ianya boleh merebak melalui pelbagai cara. HIV/AIDS juga penyebab utama kematian lelaki dan wanita yang berumur di antara 15 sehingga 59 tahun; iaitu peringkat umur di mana hubungan seksual paling aktif.Peningkatan jumlah mereka yang dijangkiti HIV/AIDS secara seksual telah menimbulkan kebimbangan.Oleh yang demikian, undang-undang jenayah telah diguna pakai bagi mengatasi isu jangkitan HIV/AIDS secara seksual yang dilakukan dengan niat atau gopoh dan cuai. Tindakan ini telah menimbulkan reaksi yang pelbagai.Oleh itu, objektif utama kertas kerja ini ialah untuk membincangkan tujuan penggunaan undang-undang jenayah dalam preventasi kelakuan yang merebakkan HIV/AIDS secara seksual.Kaedah kajian perpustakaan telah digunakan bagi penulisan kertas kerja berbentuk konsepsual ini.Dapatan menunjukkan, walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak, namun undang-undang jenayah telah digunapakai di beberapa negara untuk menghukum mereka yang menjangkiti HIV/AIDS secara seksual.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 978-967-11473-3-7
Uncontrolled Keywords: HIV/AIDS, jenayah, preventasi dan hubungan seksual.
Subjects: K Law > K Law (General)
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Marina Hj Hashim
Date Deposited: 10 Feb 2016 02:47
Last Modified: 10 Feb 2016 02:47
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/17109

Actions (login required)

View Item View Item