mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tekanan persekitaran, penularan penyakit denggi dan pengurusannya

Ismail, Hamidi and Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Harun, Azhar (2015) Tekanan persekitaran, penularan penyakit denggi dan pengurusannya. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi di Wilayah Koridor Utara (NCER) Kali Ke-2 (NSONCER 2015), 25-26 February 2015, Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah.

[thumbnail of 7.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Persekitaran merupakan suatu yang dinamik dan sekaligus memberikan impak kepada habitat manusia terutamanya dalarn proses pembandaran.Perubahan yang berlaku dalam habitat manusia mampu mengundang kewujudan penyakit yang semestinya mengganggu kesihatan atau keselesaan hidup. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas perkaitan antara perkembangan atau perubahan habitat manusia dengan penularan penyakit demam denggi.Terdapat pelbagai komponen dalarn persekitaran fizikal yang telah mengalami perubahan dan seterusnya memberikan kesan negatif kepada manusia.Perubahan terhadap persekitaran atmosfera (jerebu menyebabkan penyakit bronkitis) serta persekitaran hidrosfera (pencemaran air) sama ada dalam sistem sungai, marin atau bekalan air domestik. Walau bagaimmapun, salah satu daripada masalah yang paling ketara berkaitan perubahan habitat dan persekitaran pada masa kini adalah penyakit bawaan vektor nyamuk aedes yang rnenyebabkan penyakit demam denggi.Punca biasa yang menyebabkan penyakit demam denggi menjadi serius adalah perubahan gaya hidup manusia yang menghuni sesebuah kawasan sama ada kampung atau bandar.Gaya hidup mudah tanpa menitikberatkan kebersihan dan kesihatan terhadap persekitaran telah mengundang peningkatan kes demam denggi.Selain itu, pertambahan penduduk yang mendorong pertumbuhan dan perkembangan bandar mampu memberikan implikasi terhadap kesihatan manusia.Walaupun terdapat pengurusan secara undang-undang serta bukan undang-undang di negara ini untuk mengatasi masalah penyakit dan kesihatan berkaitan dengan perubahan habitat manusia dan persekitaran, namun begitu kes jangkitan dan kematian akibat denggi masih tinggi setiap tahun.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISSN e978-967-11113-6-9 Penganjuran Bersama: Pusat Penyelidikan Koridor Utara, Universiti Utara Malaysia & Koridor Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: demam denggi, habitat bandar, kesihatan ekosistem, tekanan persekitaran
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr Hamidi Ismail
Date Deposited: 10 Feb 2016 08:07
Last Modified: 10 Feb 2016 08:07
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/17118

Actions (login required)

View Item View Item