Mohd Noor, Nor Adila and Mohd Noor, Nor Azlina (2008) Kontrak e-dagang: perbandingan aqad (kontrak) dalam muamalah Islam. In: International Conference on Entrepreneurship 2008, 27 & 28 May 2008, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi.
Preview |
PDF
- Published Version
Download (194kB) | Preview |
Abstract
Secara umumnya aktiviti jual beli secara e-dagang merupakan suatu instrumen jual beli yang sangat diperlukan oleh masyarakat zaman globalisasi kini. Ini kerana jual beli edagang lebih kepada menginterpretasikan jual beli dalam bentuk yang lebih moden dan kompleks. Pengiktirafan undang-undang di Malaysia tentang keesahan mesej elektonik dalam urusan perdagangan dan keusahawanan bagi memenuhi tuntutan undang-undang dan untuk memudahkan urusniaga perdagangan melalui penggunaan media elektronik telah diperuntukkan di bawah seksyen 6 Akta Perdagangan Elektronik 2006. Justeru itu, artikel ini akan membincangkan teori caqad (kontrak) dalam muamalah Islam dan konvensional. Perbincangan akan difokuskan kepada konsep kontrak yang diamalkan dalam transaksi jual beli e-dagang dan caqad jual beli dalam transaksi muamalah Islam dengan membuat kajian perbandingan antara kedua-duanya. Penilaian secara kritis terhadap keseluruhan elemen dalam kontrak e-dagang akan dilakukan bagi memastikan sama ada ia bertepatan atau tidak dengan kontrak yang dikehendaki oleh syarak. Justeru itu diharapkan artikel ini akan memberi keyakinan kepada umat Islam tentang kepentingan jual beli transaksi muamalah semasa melalui kontrak e-dagang dalam usaha mempertingkatkan lagi perkembangan muamalah Islam di Malaysia.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Divisions: | School of Law |
Depositing User: | Dr. Nor Azlina Mohd Noor |
Date Deposited: | 17 Apr 2016 06:33 |
Last Modified: | 17 Apr 2016 06:33 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/17926 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |