UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Nilai akademik dalam laman web: Satu analisis penggunaan WWW dalam persekitaran pembelajaran di Universiti Utara Malaysia


Ishak, Mohd Sobhi (2004) Nilai akademik dalam laman web: Satu analisis penggunaan WWW dalam persekitaran pembelajaran di Universiti Utara Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (149kB) | Preview

Abstract

Internet merupakan medium maklumat yang pesat digunakan dalam persekitaran pendidikan khususnya di IPT. Penyediaan makmal komputer IPT yang dilengkapi kemudahan mengakses Internet banyak membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar kelas. Kemudahan ini sentiasa digunakan oleh pelajar setiap hari untuk mencari maklumat dari pelbagai laman web yang ada di Internet. Namun, apakah laman web yang diakses oleh pelajar benar-benar menyediakan nilai akademik untuk pembelajaran mereka? Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti nilai akademik yang ditawarkan dalam laman web yang dikunjungi pelajar di makmal komputer Universiti. Sejumlah 126,711 buah laman web diperolehi dari 10 buah komputer kajian dari lima buah makmal komputer Universiti Utara Malaysia. Dari jumlah tersebut, 500 buah laman web diambil sebagai sampel dan dijalankan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa hanya 30.8% laman web dikategorikan sebagai sesuai untuk penyelidikan dan pembelajaran. Laman web dengan domain .com pula mencatat kunjungan tertinggi iaitu 81.1%. Namun begitu, nilai pendidikan dari laman web tersebut didapati mempunyai nilai akademik yang rendah (min=1.42) dan kurang sesuai untuk tujuan pembelajaran di Universiti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 14 Dec 2010 08:25
Last Modified: 14 Dec 2010 08:26
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1846

Actions (login required)

View Item View Item