UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Undang-undang dan tadbir urus sumber manusia


Abdul Wahab, Harlida and Hassan, Mumtaj (2016) Undang-undang dan tadbir urus sumber manusia. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-0876-80-1

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Buku ini mengupas tentang perundangan berkaitan sumber manusia dan tadbir urus organisasi sektor awam dan swasta di Malaysia.Penulisan dalam buku ini dibincangkan mengikut tema yang khusus bermula dengan perspektif hubungan majikan dan pekerja, isu-isu perundangan dalam perhubungan pekerjaan dan tadbir urus pekerja di sektor awam.Buku ini mampu menyediakan pembaca dengan maklumat dan panduan berkaitan isu-isu kontemporari tadbir urus dan sumber manusia secara ilmiah.Kebelakangan ini, pelbagai bentuk cabaran timbul dalam menguruskan sumber manusia di sesebuah organisasi, sama ada organisasi awam ataupun swasta.Segala isu dan permasalahan berkaitan dengan sumber manusia perlu ditangani dan diuruskan dengan sebaiknya.Paling penting, ia hendaklah berpandukan kepada perundangan sedia ada memandangkan perhubungan majikan dan pekerja adalah berbentuk perhubungan yang terkawal serta berada di bawah pemantauan undang-undang.Justeru, undang-undang adalah satu aspek yang tidak boleh dielakkan dalam menguruskan sumber manusia.Buku ini bukan sahaja mensasarkan golongan pekerja, malah meliputi majikan,pengurus, pelajar dan mereka yang bakal menempuh alam pekerjaan untuk memahami isu-isu yang berkaitan. Walaupun berkonsepkan perundangan, maklumat dan kupasan isu-isu dikemukakan menerusi pendekatan umum dan bersifat santai bagi memudahkan kefahaman pembaca. Hal ini sekali gus dapat mendekatkan pembaca dengan bidang undang-undang.

Item Type: Book
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Dr. Harlida Abdul Wahab
Date Deposited: 09 Nov 2016 06:38
Last Modified: 09 Nov 2016 06:38
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/18997

Actions (login required)

View Item View Item