mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pematuhan majikan terhadap prosedur siasatan dalaman kajian terhadap kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Perusahaan

Mohamed, Khadijah (2004) Pematuhan majikan terhadap prosedur siasatan dalaman kajian terhadap kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Perusahaan. Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

[thumbnail of Khadijah_Mohamed_1.pdf]
Preview
PDF
Download (148kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk Menganalisa pematuhan majikan terhadap prosedur siasatan dalaman berdasarkan kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Perusahaan dari tahun 1998 sehingga 2001.Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan yang digunakan oleh mahkamah terhadap kesan ketidakpatuhan majikan dalam melaksanakan prosedur siasatan dalaman serta kecenderungannya dalam menentukan jenis remedi yang diberikan kepada pekerja dalam kes-kes pemecatan salah. Hasil kajian menunjukkan bahawa ramai di kalangan majikan yang tidak mematuhi prosedur siasatan dalaman. Dalan kes-kes majikan yang mematuhi syarat ini, hasil kajian mendapati masih ramai di kalangan mereka yang melaksanakannya tanpa mematuhi cara yang ditetapkan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pendirian Mahkamah Perusahaan adalah tidak konsisten dalam menangani masalah pelanggaran prosedur ini dan remedi yang sering diberikan kepada pekerja ialah bayaran gantirugi yang merupakan remedi tidak setimpal dengan kerugian yang ditanggung, pekerja akibat dipecat secara salah oleh majikan.

Item Type: Book
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 10 Jan 2011 08:05
Last Modified: 10 Jan 2011 08:05
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1904

Actions (login required)

View Item View Item