UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Isu dalam pembiayaan perumahan Islam - Bay' Bithaman Al-Ajil ('BBA'): 'al-Ghunmu bi Al-Ghurmi'


Md Dahlan, Nuarrual Hilal and Mohd Noor, Fauziah and Shuib, Mohd Sollehudin (2016) Isu dalam pembiayaan perumahan Islam - Bay' Bithaman Al-Ajil ('BBA'): 'al-Ghunmu bi Al-Ghurmi'. In: International Conference on Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016), October 5th - 6th, 2016, School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Perbankan Islam telah diperkenalkan di Malaysia sejak awal 1980an.Ia bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada tahun 1983 dan sehingga ke hari ini, perbankan Islam telah pesat berkembang di Malaysia.Pelbagai produk telah diperkenal dan diamalkan di Malaysia oleh perbankan Islam termasuklah pembiayaan perumahan. Antara kontrak-kontrak yang digunakan untuk pembiayaan perumahan adalah Bay’ Bithaman al-Ajil (BBA), Musharakah al-Mutanaqisah (MM) dan Ijarah. Bagaimanapun terdapat banyak isu di dalam pembiayaan perumahan oleh perbankan Islam. Salah satu isunya adalah berkisar dengan kaedah ‘al-Ghunmu bi al-Ghurmi’ yang mana melalui konsep ini, Islam membenarkan sesuatu pihak yang berkontrak mendapatkan keuntungan melalui perniagaan dengan syarat kadar keuntungan itu berpadanan dengan kadar risiko/usaha. Di dalam perbankan Islam, khususnya BBA, pada hemat penulis-penulis, konsep ini tidak dilaksanakan. Akibat daripada praktis ini, dikhuatiri BBA itu jatuh ke dalam produk yang tidak patuh shariah. Ini dapat dibuktikan khususnya dalam situasi projek perumahan terbengkalai.Pihak bank dilihat tidak bertanggungjawab di atas masalah dan kerugian yang dihadapi oleh para pembeli, walaupun mereka memperoleh keuntungan.Metodologi penyelidikan yang dijalankan adalah berdasarkan kaedah doktrinal shariah.Di akhir penulisan ini, beberapa cadangan penambahbaikan diberikan untuk manfaat pemain-pemain industri dalam perbankan Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-44661-7-6 Organized by: School of Government, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Bay’Bithaman al-Ajil (BBA); al-Ghunmu bi al-Ghurmi; Isu-isu; Kerugian Pembeli; Cadangan.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HG Finance
K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Dr. Nuarrual Hilal Md. Dahlan
Date Deposited: 23 Oct 2016 02:53
Last Modified: 27 Nov 2016 06:22
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/19666

Actions (login required)

View Item View Item