mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kawalan undang-undang terhadap penyalahgunaan media sosial di Malaysia

Ahmad, Rusniah and Mohd Noor, Nor Azlina and Abd Aziz, Ahmad Shamsul (2016) Kawalan undang-undang terhadap penyalahgunaan media sosial di Malaysia. In: International Conference on Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016), October 5th - 6th, 2016, School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of ICOGPA 2016 1 5.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (421kB) | Request a copy

Abstract

Isu penyalahgunaan media sosial yang merupakan “perpustakaan maklumat” yang memudahkan pengedaran maklumat bagi aktiviti komunikasi telah menjadi suatu polemik di Malaysia.Disebabkan capaian demografik pengguna yang meluas, media sosial telah menjadi sasaran untuk disalahgunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Isu yang menjadi persoalan ialah kewujudan kepelbagaian undang-undang yang berkaitan dengan media sosial dilihat tidak mampu mengekang penyalahgunaan tersebut.Oleh itu kertas kerja ini akan melihat undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan penyalahgunaan media sosial.Kertas kerja ini merumuskan bahawa kewujudan kepelbagaian undang-undang dilihat tidak mampu mengekang penyalahgunaan media sosial oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.Kertas kerja ini mencadangkan bahawa undang-undang yang sedia ada dalam menangani permasalahan ini harus diteliti kerana ia telah dianggap usang. Ini adalah kerana, undang-undang sedia ada telah digubal sebelum wujudnya penggunaan media sosial secara berleluasa.Kebanyakan undang-undang sedia ada hanya telah menerima pakai undang-undang di alam sebenar tanpa mengambil kira elemen-elemen kompleks dalam permasalahan undang-undang melalui penggunaan media sosial yang biasanya berkaitan dengan alam siber.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-44661-7-6 Organized by: School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: Undang-undang Media Sosial, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, penyalahgunaan, Mahkamah Khas Siber.
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Prof. Madya Dr. Rusniah Ahmad
Date Deposited: 21 Dec 2016 02:32
Last Modified: 21 Dec 2016 02:32
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/20410

Actions (login required)

View Item View Item