UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Aplikasi pembelajaran Jigsaw II dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu


Yusuff, Yusfaiza and Awang, Mohd Isha (2012) Aplikasi pembelajaran Jigsaw II dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2). pp. 62-70. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (265kB) | Request a copy

Abstract

Penulisan karangan adalah komponen utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Penguasaan kemahiran yang kurang memberangsangkan boleh menyebabkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara khususnya akan turut terjejas.Pelaksanaan pembelajaran Jigsaw II mampu untuk membantu pelajar menguasai kemahiran penulisan karangan.Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap murid terhadap pembelajaran Jigsaw II dan kesannya terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan.Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini melibatkan seramai 60 orang responden yakni, 30 orang dalam kumpulan kawalan dan 30 orang kumpulan eksperimen.Soal selidik tentang sikap dan dua siri ujian penulisan karangan sebelum dan selepas pelaksanaan pembelajaran Jigsaw II digunakan.Kajian mendapati murid menunjukkan sikap yang positif terhadap pelaksanaan pembelajaran menggunakan Jigsaw II dan ujian-t yang dijalankan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.Keadaan ini menunjukkan keberkesanan pembelajaran tersebut terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan responden.Pembelajaran Jigsaw II juga mampu meningkatkan kemahiran kognitif dan kemahiran interpersonal responden.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Jigsaw, karangan, kemahiran menulis, pembelajaran koperatif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Dr. Mohd. Isha Awang
Date Deposited: 18 Apr 2017 07:33
Last Modified: 18 Apr 2017 07:33
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/21635

Actions (login required)

View Item View Item