UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Akses kepada keadilan dalam komuniti pelbagai agama


Jalil, Faridah and Halim, Rohizan (2016) Akses kepada keadilan dalam komuniti pelbagai agama. Research Journal of Social Sciences, 9 (3). pp. 86-92. ISSN 1815-9125

[img]
Preview
PDF
Available under License ["licenses_description_cc4_by" not defined].

Download (168kB) | Preview

Abstract

Latar belakang: Kebelakangan ini sistem kehakiman negara sedang berada di persimpangan berikutan dari keputusan kes Indira Gandi yang mendapat liputan meluas di akhbar perdana tempatan dan laman sosial negara ini.Kebimbangan yang berbangkit dari kes beliau ialah perasaan ragu yang ditimbulkan oleh Indira Gandi terhadap peluang untuk beliau mendapat pengadilan yang adil dan saksama di bawah sistem keadilan negara ini. Persoalan yang dibangkitkan oleh beliau dan banyak pihak ialah adakah terdapat mahkamah yang kompeten, adil dan sesuai untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan pihak dari pelbagai agama sepertimana yang berlaku dalam kes Indira Gandhi ini.Polemik yang timbul dari kes Indira Gandhi dan beberapa kes sebelumnya dikatakan timbul akibat dari Perkara (Per) 121(1A) yang difahami sebagai memberikan bidang kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan orang Islam dan mengenepikan orang bukan Islam. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat adakah benar Per 121(1A) menyebabkan akses kepada keadilan menjadi terhad dan apakah pilihan yang ada untuk memastikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik dan agama mempunyai akses kepada keadilan.Artikel ini mendapati Per 121(1A) memerlukan sokongan dari pelbagai u pihak untuk merealisasi tujuan peruntukan tersebut diadakan dan pihak bertikai boleh mendapatkan akses yang efektif terhadap keadilan.Kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah perlu membantu pihak-pihak untuk mendapatkan keadilan dan dalam masa yang sama dihormati bidangkuasanya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Akses kepada keadilan – Per 121(1A) Perlembagaan Persekutuan – Bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah –komuniti pelbagai agama
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Mrs. Rohizan Halim
Date Deposited: 15 May 2017 09:06
Last Modified: 15 May 2017 09:06
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/22061

Actions (login required)

View Item View Item