UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Perkhidmatan online dan perkembangan koleksi digital di perpustakaan awam: Analisis perspektif pengguna


Zainol Rashid, Zahidi (2004) Perkhidmatan online dan perkembangan koleksi digital di perpustakaan awam: Analisis perspektif pengguna. In: Seminar Kebangsaan Perpustakaan di Malaysia, 25-27 Mei 2004, Berjaya Langkawi & Spa Resort Langkawi, Kedah. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (118kB) | Preview

Abstract

Kemunculan era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan ekonomi berteraskan ilmu (k-ekonomi) pada abad ke 21 menambahkan cabaran kepada perpustakaan dan pusat-pusat maklumat diseluruh dunia, termasuk Malaysia. Era ICT telah memudahkan maklumat diperolehi dengan mudah melalui pelbagai perkhidmatan dalam talian. Perpustakaan dan pusat maklumat telah berubah dari institusi bahan bercetak kepada pusat sumber elektronik multimedia. Perpustakaan dan pusat maklumat sudah berkurun lamanya menyimpan bahan bercetak seperti buku, majalah, laporan sebagainya secara sistematik untuk menyenangkan aliran akses kepada maklumat oleh pengguna. Ini ialah kerana teknologi untuk penerbitan, pemuliharaan dan penyebaran pengetahuan ada dalam bentuk bahan bercetak. Perpustakaan adalah khazanah pengetahuan untuk warisan keintelektualan, perolehan, proses, penyelenggaraan, dan menyediakan ilmu pengetahuan dan maklumat dalam bentuk bahan bercetak. Maklumat di perolehi dari pelbagai sumber bercetak untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan sumber maklumat. Perpustakaan dan pusat maklumat secara tradisionalnya berkongsi sumber melalui pinjaman antara perpustakaan dan perkhidmatan pembekalan maklumat. Dengan perkembangan teknologi komputer dan pengabunganya dengan teknologi telekomunikasi dan media telah ada anjakan paradigma diantara perpustakaan dan pustakawan. Maklumat dan pengetahuan kini disebarkan melalui pelbagai sumber media seperti pangkalan data dalam talian Via Internet, CD-ROM dan lain optical disk. Kita boleh mengakses sumber maklumat dengan mudah melalui Internet. Untuk memungkinkan perpustakaan dan pusat maklumat supaya menyaingi terhadap kehendak masyarakat ICT perpustakaan perlu menyediakan produk dan perkhidmatan dalam bentuk elektronik.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Divisions: Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 21 Feb 2011 00:27
Last Modified: 21 Feb 2011 00:27
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2219

Actions (login required)

View Item View Item