UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Akses kepada perkhidmatan online: Pengalaman Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia


Mustaffa, Salleh Hudin (2004) Akses kepada perkhidmatan online: Pengalaman Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Perpustakaan di Malaysia, 25-27 Mei 2004, Berjaya Langkawi & Spa Resort Langkawi, Kedah. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (315kB) | Preview

Abstract

Perkhidmatan Perpustakaan secara elektronik menjadi semakin penting selaras dengan keperluan pengguna yang berbagai. Hak dan keperluan pengguna untuk memperolehi perkhidmatan yang samarata tidak boleh dipandang ringan. Batasan geografi dan masa tidak lagi menjadi masalah komunikasi yang tiada penyelesaian. Penggunaan aplikasi teknologi maklumat dan rangkaian komunikasi mengurangkan jurang ‘tawaran perkhidmatan’ di antara pengguna kampus induk dengan pengguna jarak jauh. Alternatif penyelesaian yang lebih mudah kepada pengguna dan juga kepada perpustakaan boleh disediakan setelah mengambilkira keperluan pembekal maklumat elektronik. Pelbagai kaedah telah digunakan oleh perpustakaan untuk memberikan perkhidmatan maklumat elektronik kepada pengguna dalam kampus dan juga kepada pengguna luar kampus. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan di antaranya ialah menggunakan perkhidmatan ‘dial-up’, kaedah akses terus, dan menggunakan perkhidmatan proxy. Kertas kerja ini akan menerangkan pengalaman Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia memberikan perkhidmatan sumber maklumat elektronik kepada pengguna di kampus induk, di Sintok Kedah dan juga kepada pengguna di luar kampus sama ada di dalam negara Malaysia ataupun di luar negara. Pengalaman ini diharapkan untuk dikongsi bersama di kalangan peserta seminar dan penambahbaikan perkhidmatan boleh dilaksanakan untuk kepentingan semua pengguna perpustakaan. Ianya bukanlah penyelesaian terbaik bagi menyediakan perkhidmatan maklumat elektronik pada masa kini, tetapi ianya relaven dan lebih ekonomik untuk digunakan di Universiti Utara Malaysia pada masa ini. Apa yang penting ialah, pengguna berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Divisions: Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Depositing User: Mr Salleh Hudin Mustaffa
Date Deposited: 21 Feb 2011 00:31
Last Modified: 21 Feb 2011 00:32
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2229

Actions (login required)

View Item View Item