mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Risiko perhubungan terhadap perkongsian maklumat di kalangan pengusaha stesen minyak di Changlun

Wan Jais, Wan Nor Fazira Wahida and Romli, Azizi (2017) Risiko perhubungan terhadap perkongsian maklumat di kalangan pengusaha stesen minyak di Changlun. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[thumbnail of STML–Go Green 2016 249 257.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (147kB)

Abstract

Perkongsian maklumat adalah merupakan bahan utama untuk organisasi yang mahu kekal berdaya saing. Pemahaman dan amalan perkongsian maklumat menjadi semakin penting untuk organisasi untuk kekal daya saing. Perkongsian maklumat telah terbahagi kepada dua bahagian iaitu perkongsian maklumat huluan dan perkongsian maklumat hiliran.Kajian lepas mendapati perkongsian maklumat adalah sebagai satu pendekatan yang penting kepada perusahaan dan pemboleh integrasi rantaian bekalan.Terdapat pelbagai pemboleh ubah yang dapat dikaji dalam perkongsian maklumat dalam rantaian bekalan ini seperti simetri kuasa, konflik tidak berfungsi dan kelakuan oportunis.Kajian ini bertujuan untuk menentu dan menjelaskan hubungan yang wujud antara risiko perhubungan dengan tahap perkongsian maklumat dalam rantaian bekalan stesen minyak di Changlun dan untuk mengukur tahap pengaruh risiko perhubungan terhadap perkongsian maklumat dalam rantaian bekalan stesen minyak di Changlun.Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan teknik soal selidik pengusaha-pengusaha stesen minyak di kawasan kajian iaitu Changlun.Data analisis menggunakan SPSS bagi analisis deskriptif dan kolerasi yang telah dijalankan.Kajian mendapati risiko perhubungan memberi pengaruh yang besar terhadap amalan perkongsian maklumat dalam kalangan pengusaha stesen minyak di Changlun.Dengan ini, amalan perkongsian maklumat ini mempunyai hubungan yang signifikan dengan risiko perhubungan dan risiko perhubungan mempunyai signifikan ke atas prestasi syarikat minyak tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: perkongsian maklumat, perkongsian huluan, perkongsian hiliran, risiko perhubungan, prestasi syarikat
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Dr. Azizi Romli
Date Deposited: 12 Jul 2017 00:13
Last Modified: 12 Jul 2017 00:13
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22604

Actions (login required)

View Item View Item