Yaacob, Raja Abdullah (2009) Peranan pembantu perpustakaan dalam era perpustakaan masa hadapan. In: Seminar Kebangsaan Pembantu Perpustakaan, 2 - 4 Jun 2009, Hotel City Bayview Langkawi, Kedah. (Unpublished)
![]() Preview |
PDF
Download (294kB) | Preview |
Abstract
Dalam memenuhi keperluan profesion kepustakawanan di negara ini,perkhidmatan perpustakaan yang berkesan merupakan kunci kepada kajayaan profession ini. Tidak dinafikan pembantu perpustakaan merupakan peneraju dalam perkhidmatan perpustakaan. Ini kerana merekalah yang berada di barisan hadapan di persekitaran perpustakaan. Mereka di tempatkan di semua kaunter dan di semua bahagian. Malah, merekalah yang di temui terlebih dahulu oleh para pengguna apabila memerlukan mana-mana perkhidmatan di perpustakaan. Tidak hairanlah,ramai pengguna yang akan merasa kecewa jika tidak mendapat perkhidmatan yang baik dan sekali gus menggangap ianya adalam kelemahan perpustakaan keseluruhannya. Sebaliknya, mereka yang berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pembantu akan terpanggil untuk datang semula ke perpustakanan dan akan menyebarkan saranan yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Ini merupakan strategi pasaran yang sangat efektif untuk menarik lagi pengguna ke perpustakaan.Keberkesanan peranan pembantu menjadi lebih mencabar dalan era information dan communication Technology (ICT) dan ilmu pengetahuan yang mana ramai yang mengganggap perpustakaan sebagai tidak relevan lagi. Peranan pembantu perlu berubah mengikut perubahan ICT dan persekitaran dan anjakan paradigma ini harus berterusan. Pada masa yang sama kedudukan mereka yang berhadapan terus dengan pengguna memerlukan mereka pandai berkomunikasi dua hala seta ramah dan mesra pengguna. Peranan pembantu akan terus penting untuk menjayakan khidmat cemerlang perpustakaan dan kemahiran asas mereka dalam perkhidmatan maklumat,sumber maklumat dan ICT perlu dimantapkan. Kertas kerja ini akan cuba meninjau keadaan semasa dan bagaimana peranan pembantu perpustakaan dapat menigkatkan akhirnya dapat membentuk masyarakat maklumat dan pengetahuan yang ber-kiran kritikal di negara kita.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Anjuran Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia |
Uncontrolled Keywords: | Pembantu perpustakaan, ICT, perpustakaan, peranan pembantu perpustakaan, |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science |
Divisions: | Perpustakaan Sultanah Bahiyah |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 02 Feb 2011 03:49 |
Last Modified: | 02 Feb 2011 03:49 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2272 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |