UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kepentingan aktiviti kitar semula dari perspektif Islam


Ayob, Wahida and Abdullah Chik, Norlaila (2016) Kepentingan aktiviti kitar semula dari perspektif Islam. In: Seminar Islam dan Sains Peringkat Kebangsaan 2016, 22-23 Mei 2016, Dewan Seminar Kompleks Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (318kB) | Request a copy

Abstract

Peningkatan sisa pepejal yang berterusan telah mendorong orang ramai untuk melakukan kitar semula. Namun kesedaran masyarakat di Malaysia tidak setanding dengan masyarakat di Jepun. Ini kerana pada tahun 2012 menunjukkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia baru mencecah 10%. Pencapaian ini sebenarnya masih jauh dari sasaran kitar semula sebanyak 40% menjelang 2020, apatah lagi jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun dengan peratusan kitar semula melebihi 50%. Ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat masih perlu ditingkat dan aktiviti kitar semula perlu dilakukan dalam skala yang besar. Sebenarnya, aktiviti kitar semula berkait dengan satu cara hidup yang berlandaskan dengan nilai-nilai murni yang diunjurkan oleh Islam.Antara perkara yang digalakkan dalam Islam ialah berhemah dalam berbelanja, bersederhana, menghargai nilai sesuatu benda, tidak membazir dan menggunakan barangan setakat apa yang diperlukan sahaja.Oleh itu, mentaliti mengenai kitar semula perlu diubah. Masyarakat perlu menjadikan kitar semula sebagai satu rutin harian dan tanggungjawab kepada alam sekitar.Masyarakat perlu dididik agar mempunyai kesedaran mengenai aspek penggunaan lestari, penggunaan hijau, berfikir dulu sebelum membeli dan aspek pembuangan dan pengasingan sisa pepejal. Malah penglibatan pihak berkuasa masih lagi diperlukan dan peruntukkan yang besar perlu disediakan.Kempen yang berterusan dan aktif perlu dilakukan melalui saluran media massa dan pengiklanan seperti disiarkan di tv, radio, poster dsb.Orang ramai harus didedahkan dengan kesan pencemaran sisa pepejal kepada tahap kesihatan masyarakat, ekonomi negara dan alam sekitar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-44665-1-10 Anjuran: Pusat Islam UUM
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: School of Government
Depositing User: Mrs. Wahida Ayob
Date Deposited: 26 Jul 2017 02:19
Last Modified: 26 Jul 2017 02:19
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/22747

Actions (login required)

View Item View Item