UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Prinsip undang-undang di bawah Akta Syarikat 2016


Mohd Anuar, Haslinda and Md. Salleh, Khuzaimah and Hashim, Marina and Mohamed, Mazita and Bidin, Muhammad Firdaus and Mahdzir, Nazli and Ahmad, Noor 'Aza and Abdul Samat, Nor Hayati and Yaacob, Nurli and Abdul Rahman, Rohana and Azmi, Ruzita and Mohamed Yusoff, Zuryati (2017) Prinsip undang-undang di bawah Akta Syarikat 2016. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-2064-53-4

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Akta Syarikat 2016 diperkenalkan hasil cadangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jawatankuasa Semakan Semula Undang-undang Korporat untuk mewujudkan satu akta yang bersifat maju ke hadapan dan membantu komuniti perniagaan terutamanya industri kecil dan sederhana untuk lebih berdaya saing tanpa berkompromi dengan keperluan tadbir urus korporat yang teguh dan tulus.Oleh sebab Akta Syarikat 2016 baru diterima pakai, maka buku-buku rujukan tidak banyak di pasaran.Justeru, buku ini ditulis bagi membantu ahli akademik, para pelajar dan juga profesional untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Akta Syarikat 2016.Buku ini bertujuan untuk memperkenalkan perubahanperubahan yang diketengahkan oleh Akta Syarikat 2016 dalam membincangkan beberapa aspek penting dalam undang-undang syarikat, pensyarikatan dan pengurusan perniagaan. Aspek-aspek penting yang dibincangkan ialah sejarah perundangan, undang-undang perkongsian dan juga klasifikasi syarikat. Tumpuan juga diberikan kepada aspek pemerbadanan syarikat, konsep modal syer, pinjaman, keahlian dan mesyuarat syarikat.Selain daripada itu perbincangan juga difokuskan kepada kuasa pengarah dan pegawai syarikat dan yang terakhir bagaimana proses sesuatu syarikat digulung.Perbincangan mengenai kedudukan Undang-undang syarikat di Malaysia dilakukan berdasarkan sumber undangundang yang utama Akta Syarikat 2016. Selain daripada itu Akta Kontrak 1950, Akta Perkongsian 1961, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan juga garis panduan terpakai bagi Akta Syarikat 2016 juga dirujuk.Buku ini akan menjadi satu teks yang tidak ternilai bagi rujukan ahli akademik, pelajar dan juga profesional untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Akta Syarikat 2016.

Item Type: Book
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Mdm. Haslinda Mohd. Anuar
Date Deposited: 21 Nov 2017 01:37
Last Modified: 21 Nov 2017 01:37
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/22964

Actions (login required)

View Item View Item