mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan kandungan digital indigen untuk pengguna: Pendekatan pempakejan berasaskan model arahan dan kognitif

Badioze Zaman, Halimah (2004) Pembangunan kandungan digital indigen untuk pengguna: Pendekatan pempakejan berasaskan model arahan dan kognitif. In: Seminar Kebangsaan Perpustakaan di Malaysia, 25-27 Mei 2004, Berjaya Langkawi & Spa Resort Langkawi, Kedah. (Unpublished)

[thumbnail of Prof_halimah-work.pdf]
Preview
PDF
Download (740kB) | Preview

Abstract

Dunia tidak memerlukan peringatan bahawa warganya sedang hidup dalam era glabalisasi dan era maklumat. Manusia hari sedar bahawa jumlah maklumat serta ilmu yang boleh diperoleh melalui satu petikan jari disebabkan teknologi maklumat dan technologi komunikasi baru yang kian berkembang. Seeorang itu boleh ‘melayari’ laman web dan menjelajah kandungannya, seseorang itu boleh juga ‘melombong’ data warehouses untuk memperoleh pandangan baru ataupun seseorang itu boleh membuat pencarian maklumat ataupun ilmu di perpustakaan digital untuk memperoleh maklumat atau ilmu yang diperlukan. Perpustakaan digital telah lama disebut-sebut dan diramalkan kewujudannya, tetapi, penampilannya secara nyata yang berlaku hanya dalam hujung abad ke 20 nyata telah menjangkau jangkaan ramai. Perpustakaan digital kini merupakan satu aplikasi yang menakjubkan bagi masyarakat berasaskan maklumat abad ke-21 ini. Pelbagai isu tentang perpustakaan digital masih sedang dibahaskan dan dikaji dan masih banyak yang tidak diketahui berkaitan dengan aspek budaya, pendemokrasian pembelajaran, keselamatan maklumat dan ilmu dan banyak lagi isu-isu yang lain. Walau bagaimanpun, perkembangan perpustakaan digital telah menjadi satu fenemena dan penulis yakin fenomena ini akan terus berkembang luas. Mungkin salah satu perubahan yang dramatic ialah pertemuan yang amat ketara di antara initiatif pengkomputeran, komunikasi dan kandungan indigen. Negara-negara masing-masing berasakan dengan globalisasi, pempakejan maklumat ataupun ilmu seharusnya mempunyai acuan budaya, cita rasa warganya sendiri walaupun bahasa yang digunakan adalah bahasa lingua frangca Internet. Ini bermakna, aspek pembangunan kandungan pembelajaran digital multimedia perlu mengambil kira pendekatan yang dapat memenuhi kehendak komuniti indigen. Kertas ini bercadang untuk membincangkan reka bentuk kandungan multimedia bagi tujuan pembelajaran berasaskan model reka bentuk berarahan dan model kognitif yang digelar pendekatan arahan kognitif yang dirasakan sesuai untuk membangunkan pekerja ilmu (knowledge workers) yang digelar k-insan untuk negara Malaysia.Kertas ini juga akan membincangkan ciri-ciri k-insan,dan entiti kandungan digital multimedia yang dicadangkan berasaskan pendekatan arahan kognitif dengan merujuk kepada contoh-contoh pakej multimedia indigen seperti pakej ME, ME2 untuk sekolah bestari dan MEL.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM
Uncontrolled Keywords: kandungan digital indigen, inisiatif kandungan digital indigen, model reka bentuk berarahan, model sains kognitif
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources > ZA4050 Electronic information resources
Divisions: Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 21 Feb 2011 04:12
Last Modified: 21 Feb 2011 04:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2306

Actions (login required)

View Item View Item