mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peranan undang-undang dalam menguruskan masalah gangguan seksual di Malaysia

Abd Aziz, Ahmad Shamsul (2005) Peranan undang-undang dalam menguruskan masalah gangguan seksual di Malaysia. In: Esei-esei Pentadbiran Awam. Pearson/Prentice Hall, Petaling Jaya, pp. 223-241. ISBN 9833205445

[thumbnail of Bah._3_pengurusan_Undang2_Peranan_Undang-Undang_Dlm_Menguruskan_Masalah_Gangguan_Seksual_Di_Malaysia_01.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (317kB)

Abstract

Perlakuan gangguan seksual khususnya yang berlaku di tempat kerja mula mendapat perhatian pada pertengahan era 1970 an berikutan beberapa kejadian gangguan seksual khususnya terhadap. kaum wanita dilaporkan. Masyarakat seringkali menganggap kesalahan gangguan seksual merupakan satu masalah peribadi yang tidak perlu digembar-gemburkan. Pada hari ini, persepsi masyarakat sudah berubah dan mengiktiraf gangguan seksual sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang. Umumnya, gangguan seksual boleh berlaku di dalam tiga persekitaran utama iaitu di tempat awam, di tempat kerja dan di pusat-pusat pendidikan. Di era ledakan informasi dan teknologi maklumat, gangguan seksual juga berlaku menerusi internet. Mangsa perbuatan gangguan seksual ini tidak membataskan jantina, usia, agama, kaum, bangsa dan warna kulit. Gangguan seksual perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia ibarat pembuka tirai untuk melakukan kesalahan seksual yang lebih berat seperti rogol.Isu gangguan seksual di Malaysia semakin diperdebatkan dan menarik perhatian masyarakat ekoran beberapa pendedahan dan dakwaan yang dibuat oleh beberapa mangsa yang semakin berani tampil ke hadapan. Ini membuktikan tahap kesedaran masyarakat terhadap soal-soal sebegini semakin meningkat.Pelbagai usaha dari semua pihak termasuk peranan undang-undang dilihat sebagai amat kritikal untuk meminimakan masalah gangguan seksual di Malaysia.

Item Type: Book Section
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Feb 2011 08:27
Last Modified: 21 Feb 2011 08:27
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2404

Actions (login required)

View Item View Item