mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Implikasi undang-undang nikah di Sempadan

Mohd Shariff, Roos Niza (2018) Implikasi undang-undang nikah di Sempadan. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..

[thumbnail of SKTSEWU 2018 28 37.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (435kB) | Request a copy

Abstract

Nikah di sempadan merujuk kepada perkahwinan yang dilakukan di sempadan negara iaitu di wilayah Selatan Thailand.Dari sudut hukum agama, semua pernikahan di luar negara ini adalah sah selagi perkahwinan ini memenuhi dan mematuhi semua hukum syarak.Namun begitu, terdapat beberapa implikasi undang-undang memandangkan perkahwinan ini melibatkan warganegara Malaysia yang berkahwin bukan di Malaysia.Metodologi yang digunakan berbentuk kaedah kualitatif interpretasi perundangan.Kertas kerja ini membincangkan beberapa implikasi undang-undang yang wujud hasil dari nikah di sempadan, di antaranya ialah membabitkan kesahihan perkahwinan itu sendiri, yang kemudiannya menjadi rentetan kepada implikasi undang-undang yang lain iaitu status perkahwinan seterusnya, isu anak tak sah taraf dan isu waris sah kepada harta peninggalan. Perbincangan seterusnya termasuklah prosedur undang-undang yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan pasangan yang berkahwin di sempadan daripada dikenakan tindakan undang-undang serta demi menjamin kestabilan institusi keluarga.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran : Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia. Anjuran bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Uncontrolled Keywords: nikah di sempadan, institusi keluarga, nikah di Thailand, anak tak sah taraf, implikasi undang-undang.
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Aug 2018 08:10
Last Modified: 14 Aug 2018 08:10
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24652

Actions (login required)

View Item View Item