Mohd. Zain, Zawiyah and Ajis, Mohd Na'eim and Rasid, Dewi Natasha (2016) Protes rakyat: Akta perhimpunan aman satu penyelesaian? In: "Strengthening Governments' Public Affairs Functions: Leading For Global Challenges", 5-6 Oktober 2016, Universiti Utara Malaysia,Kedah.
Full text not available from this repository. (Request a copy)Abstract
Protes bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. la berlaku sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Protes paling hebat dalam sejarah politik Malaysia adalah di zaman Mahathir Mohamad iaitu melalui gerakan reformasi pada tahun 1998, dan menjadi satu daripada sebab beliau meletak jawatan pada tahun 2003. Pada zaman Najib Razak pula rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap beberapa isu yang menyebabkan protes jalanan terus bel-laku. Antaranya Gerakan Mansuhkan Akta Keselarnatan Dalam Negeri (ISA), protes Bersih 2, Bersih 3 dan Bersih 4, protes terhadap keputusan pilihan raya umum 2013 dan juga protes berhubug isu IMDB. Kertas ini bertujuan mengkaji mengapa rakyat meluahkan ketidakpuasan hati rnereka terhadap kerajaan melaiui protes. Kertas ini berhujah bahawa protes merupakan kaedah yang mudah untuk rakyat rnenyampaikan sesuatu isu kepada kerajaan kerana saluran komunikasi yang sedia ada untuk menghubungkan suara rakyat dengan kerajaan adalah lemah. Selain itu, perkembangan teknologi Internet khususnya media sosial turut menyumbang kepada protes tersebut. Persoalannya adakah penggubalan Akta Perhimpunan Aman merupakan penyelesaian kepada protes?
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Akta Perhimpunan Aman, ketidakpuasan hati, protes. |
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mr. Che Hasan Hashim |
Date Deposited: | 11 Dec 2018 02:32 |
Last Modified: | 10 Nov 2020 06:27 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24794 |
Actions (login required)
View Item |