mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Cabaran dalam menguruskan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan imigresen Malaysia

Che Embi, Mariatul Shima and Ismail, Nur Syakiran Akmal (2017) Cabaran dalam menguruskan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan imigresen Malaysia. In: Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017), 1– 2 November 2017, Ayer Keroh, Malacca, Malaysia.. (Unpublished)

[thumbnail of INSAN 2017 1 14.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (194kB) | Request a copy

Abstract

Anak tak sah taraf merupakan anak yang dilahirkan hasil daripada hubungan yang tidak sah menurut hukum syarak dan undang-undang. Fenomena kelahiran anak tak sah taraf di Malaysia pada masa kini telah menjadi salah satu daripada masalah sosial yang semakin parah di kalangan masyarakat. Kajian ini akan membincangkan tentang punca, implikasi serta resolusi kelahiran anak tak sah taraf melalui dasar awam yang telah dilaksanakan khususnya di Negeri Pulau Pinang. Terdapat pelbagai isu yang dibincangkan tentang implikasi anak tak sah taraf diantaranya berkaitan isu nasab, nafkah, perwalian, penjagaan dan pengurusan harta pusaka serta kaitannya dengan pengurusan dasar awam di Pulau Pinang. Timbul pelbagai persoalan apabila statistik kelahiran anak tak sah taraf pada masa kini semakin meningkat walaupun terdapat dasar awam serta undang-undang yang telah dikuatkuasakan bagi mengawal permasalahan ini. Ianya seperti tidak meninggalkan apa-apa kesan terhadap perkembangan sosial masyarakat khususnya terhadap golongan remaja. Kajian terhadap dasar awam serta undang-undang sedia ada perlu dilakukan bagi mengawal serta mengurus keperluan anak tak sah taraf pada masa hadapan supaya perkembangan sosial masyarakat dapat dikawal dengan baik melalui medium dasar awam. Cadangan penambahbaikan terhadap dasar awam dan undang-undang sedia ada melalui kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan perkembangan sosial di kalangan masyarakat Islam Malaysia khususnya di Negeri Pulau Pinang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Anak tak sah taraf; Implikasi; Resolusi; Dasar awam Pulau Pinang
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 26 Nov 2019 01:21
Last Modified: 26 Nov 2019 01:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26612

Actions (login required)

View Item View Item