Ismail, Syamsul Anuar and Ibrahim, Nor Hafidah (2005) Implikasi SMS ke atas kehidupan remaja : Suatu analisis dari aspek dan motif penggunaan. In: International Conference on Media and Communication (MENTION) 2005, 26-28 September 2005, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. (Unpublished)
![]() |
PDF
Restricted to Repository staff only Download (1MB) |
Abstract
Hari ini pengguna di seluruh dunia ditawarkanl dengan pelbagai perkhidmatan mesej elektronik seperti kelui, Internet Relay Chat (IRC), Yahoo Messenger dan lain-lain lagi yang berbeza dari segi darjah interaktiviti, jenis saluran penghantaran dan tahap kekayaan media itu sendiri. Salah satu daripadanya ialah khidmat pesanan ringkas atau Short Messaging Service (SMS). SMS dilihat sebagai suatu gaya baru dalam berkomunikasi yang mudah dan ringkas. Penggunaannya sangat meluas tanpa mengira batas usia dan remaja merupakan segmentasi masyarakat paling ke hadapan dalam menggunakannya. Justeru kertas kerja ini akan membincangkan mengenai implikasi SMS ke atas kehidupan remaja dengan memfokuskan perbincangan kepada 1) apakah motif atau tujuan yang mendorong remaja menggunakan SMS, dan 2) sejauh manakah sikap mempengaruhi motif dan penggunaan SMS di kalangan remaja. Seramai 528 orang remaja berumur 16 hingga 23 tahun terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati sikap mempengaruhi motif dan penggunaan SMS di kalangan remaja.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Khidmat pesanan ringkas, SMS, Sikap, Motif, Penggunaan, Implikasi |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Juwita Johari |
Date Deposited: | 22 Jul 2010 02:09 |
Last Modified: | 22 Jul 2010 02:09 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/281 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |