mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Permasalahan cetak rompak cakera optik hasil karya filem dan muzik dari perspektif undang-undang harta intelek

Abd Aziz, Ahmad Shamsul (2004) Permasalahan cetak rompak cakera optik hasil karya filem dan muzik dari perspektif undang-undang harta intelek. In: Seminar Sosio Ekonomi dan IT Ke-2, 11-12 August 2004, Hotel Holiday Villa, Alor Setar Kedah. (Unpublished)

[thumbnail of Ahmad_Shamsul_Abd._Aziz_(2004)01.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (733kB)

Abstract

Bagi kesalahan Cetak rompak hasil kaya filem dun muzik di Malaysia bukanlah suatu masalah yang baru namun ia menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Penghasilan teknologi yang canggih memungkinkan aktiviti cetak rompak ini lebih berleluasa. Hasil karya filem dan muzik kini dirakamkan dalam bentuk digital menerusi cakera optik. Undang-undang di negara kita digubal bagi mengawal aktiviti cetak rompak terhadap hakcipta yang merupakan cabang kepada harta intelek. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji undang-undang di Malaysia berkaitan permasalahan ini. Peruntukan undang-undang di dalam dua akta utama berkaitan masalah ini turut dibincangkan iaitu Akta Hakcipta 1987 dan Akta Cakera Optik 2000. Selain itu, tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung penguatkuasaan dalam membanteras aktiviti cetak rompak turut dibincangkan. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kualitatif sepenuhnya. Metod yang digunakan adalah berkenaan dengan menyata atau memperihalkan, menginterpretasi dan menjelaskan peruntukan undang-undang sedia ada. Dapatan kajian mendapati bahawa peruntukan undang-undang di negara kita berhubung dengan isu ini dan remedi sememangnya wujud dalam menangani masalah cetak rompak hasil karya filem dan muzik khususnya menerusi cakera optik. Masalah dari segi penguatkuasaan undang-undang merupakan antara sebab utama mengapa cetak rompak masih berleluasa di negara kita.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Pusat Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 30 May 2011 03:49
Last Modified: 30 May 2011 03:49
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3127

Actions (login required)

View Item View Item