mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hak kebebasan mengeluarkan pendapat dari perspektif undang-undang Malaysia

Mohd Sani, Mohd Azizuddin (2002) Hak kebebasan mengeluarkan pendapat dari perspektif undang-undang Malaysia. Jurnal Pembangunan Sosial (4&5). pp. 183-211. ISSN 1394-6528

[thumbnail of Mohd_Azizuddin_Mohd_Sani.pdf]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview

Abstract

Sejak kebelakangan ini negara sering digemparkan dengan isu hak kebebasan untuk berhimpun secara aman. Beberapa pihak menuduh pemerintah di Malaysia telah menyekat hak kebebasan rakyat. Manakala pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (suhakam) pula menyatakan bahawa hak kebebasan untuk berhimpun adalah dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kenapa isu ini diperdebatkan dari segi amalan sekiranya ia telah dijamin amalannya oleh Perlembagaan Persekutuan. Hak kebebasan berhimpun secara aman sebenarnya adalah sebahagian daripada hakiki kebebasan mengeluarkan pendapat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Bahagian II Perkara 10. lanya juga diberikan jaminan dalam undang-undang antarabangsa berasaskan Artikel 19 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia. Oleh itu, artikel ini akan mengupas kedudukan hak kebebasan mengeluarkan pendapat dari perspektif perundangan di Malaysia. Perspektif falsafah, sejarah, akta-akta, dan contoh-contoh kes serta implikasi kes akan ditinjau supaya kefahaman mengenai kewujudan dan amalan hak kebebasan mengeluarkan pendapat diketahui secara menyeluruh.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: freedom of expression, federal constitutions, Malaysia
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Aug 2010 07:17
Last Modified: 29 Aug 2010 07:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/399

Actions (login required)

View Item View Item