Shaffie, Fuziah (1997) Faktor-faktor pemilihan jodoh di kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Pemilihan jodoh merupakan peringkat asas yang paling penting di dalam menentukan nasib sesebuah rumahtangga sama ada bahagia atau sebaliknya. Berlandaskan kepada kepentingan inilah maka kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang diutamakan oleh para pelajar dalam memilih pasangan hidup mereka. Seramai 114 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia telah dipilih sebagai sampel kajian. Berdasarkan kepada keputusan kajian mendapati bahawa aspek agama adalah yang paling mendapat keutamaan diikuti oleh faktor-faktor pekerjaan yang tetap dan stabil, keturunan, sebangsa, hubungan kekeluargaan, berpendidikan setaraf, kecantikan,berasal dari negeri yang sama dan kekayaan. Di samping itu, kajian ini juga turut mengenalpasti kaitan faktor-faktor demografi dengan faktor-faktor pemilihan jodoh.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie |
Date Deposited: | 20 Feb 2014 07:28 |
Last Modified: | 20 Feb 2014 07:28 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5119 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |