mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisis simbolisme dalam pantun percintaan Melayu

Ab Rahman, Mohamad Azmi (1997) Analisis simbolisme dalam pantun percintaan Melayu. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of MOHAMAD_AZMI_AB._RAHMAN_-_Laporan_kajian_analisis_simbolisme_dalam_pantun_percintaan_Melayu_(1997).pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ringkas ini menjurus kepada aspek simbolisme dalam pantun percintaan Melayu. Untuk tujuan kajian ini, sejumlah 142 rangkap pantun telah dipilih dari sejumlah pantun percintaan Melayu yang dikutip dalam sumber-sumber bertulis pantun melayu.Pantun-pantun itu adalah pantun Melayu lama yang disampaikan melalui tradisi lisan oleh generasi silam. Kesemua pantun yang dipilih dari kumpulan pantun terpilih itu memuatkan simbol-simbol yang mempunyai kaitan makna tersurat dan tersirat. Simbol sebagai satu unsur bahasa-budaya yang kuat tersimpan makna - mencerminkan minda masyarakat Melayu pada zaman itu.Hal ini sedikit sebanyak mempunyai kesinambungan minda masyarakat Melayu seterusnya seperti terpancar dalam karya sastera moden.Analisis simbol pantun percintaan Melayu bagi kajian ini adalah bertitik tolak dari makna / definisi makna simbol yang dibentangkan dalam kajian ini meskipun makna konkrit bagi simbol tidak diperolehi. Namun begitu, analisis simbolisme dalam pantun percintaan Melayu dikelompokkan kepada simbolisme tumbuhan, binatang, alam fizikal dan cakerawala, manusia, objek konkrit dan warna. Pembahagian simbolisme ini adalah berdasarkan kajian yang pernah disiapkan oleh Mohamad Azmi Rahman (1991).Kajian beliau begitu menyeluruh ke atas semua jenis pantun Melayu yang dikutip daripada 36 sumber bertulis/buku pantun Melayu yang terkumpul di Malaysia dan Indonesia dengan penjurusannya kepada aspek simbolisme.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mr. Mohamad Azmi Ab Rahman
Date Deposited: 20 Feb 2014 07:34
Last Modified: 30 May 2016 02:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5134

Actions (login required)

View Item View Item