UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Islam dalam perlembagaan Malaysia: Kewajarannya berdasarkan faktor Kesultanan Melayu


Megat Latif, Haji Hairuddin and Abdullah, Che Asiah (2012) Islam dalam perlembagaan Malaysia: Kewajarannya berdasarkan faktor Kesultanan Melayu. In: Seminar Syariah dan Undang-Undang Peringkat Kebangsaan 2010, 2 - 3 November 2010, Universiti Sains Islam Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (241kB)

Abstract

Kesultanan Melayu dan kaitan rapatnya dengan Islam jelas merupakan lanjutan dan rentetan sejarah yang bermula daripada sejarah Kesultanan Melayu Melaka lagi. Setelah runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka, Sultan-sultan Melayu masih lagi mengekalkan tradisi ini sehingga sekarang. Malahan semua Perlembagaan negeri-negeri Melayu, dengan jelas menyatakan seorang yang berketurunan raja, hanya layak ditabal sebagai Sultan sekiranya Baginda beragama Islam. Boleh dikatakan Islam dan Kesultanan Melayu umpama aur dengan tebing atau umpama isi dengan kuku.Jika berpisah antara mereka, maka lemahlah kedua-duanya.Malah jika kita mengkaji sejarah mana-mana negara di dunia, agama rasmi negara itu adalah menurut agama rajanya atau ketua negaranya.England, oleh kerana raja-rajanya beragama Kristian, maka, agama rasmi negaranya ialah Kristian. Seterusnya, di Thailand, agama rasminya ialah Buddha kerana raja-rajanya beragama Buddha.Manakala, di China, tiada agama rasmi kerana ketua-ketua negaranya adalah tidak beragama.Begitu juga dengan Russia, tiada agama rasmi negara. Oleh yang demikian, amatlah wajar Islam dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama Persekutuan (Malaysia) memandangkan Sultan-sultan Melayu beragama Islam dan Perlembagaan juga memartabatkan Kesultanan Melayu di dalamnya. Maka keputusan Suruhanjaya Reid menjadikan Islam agama Persekutuan adalah satu keputusan yang betul.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Madya Haji Hairuddin Megat Latif
Date Deposited: 05 Aug 2012 07:39
Last Modified: 05 Aug 2012 07:39
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/5714

Actions (login required)

View Item View Item