mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan laporan penyelidikan : Pusat Gedung Data Hidraulik Kebangsaan Malaysia

Abdullah, Mohammad Fikry and Mokhtar, Sahibi (2010) Pengurusan laporan penyelidikan : Pusat Gedung Data Hidraulik Kebangsaan Malaysia. In: National Seminar on Information Technology in the Library, 3-5 August 2010, Bayview Hotel, Penang, Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of MOHAMAD_FIKRI.pdf]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Bidang penyelidikan air dan persekitaran di Malaysia telah menghasilkan pelbagai jenis maklumat melalui penerbitan buku, laporan, jurnal dan majalah. Maklumat-maklumat yang diperoleh melalui bidang penyelidikan ini adalah pelbagai dan ia merupakan aset kepada para penyelidik dalam menjalankan aktiviti penyelidikan sama ada sebelum, semasa dan selepas penyelidikan dilakukan. Maklumat-maklumat yang diperoleh melalui aktiviti penyelidikan juga digunakan oleh pelbagai pihak untuk pelbagai tujuan. Menyedari kepentingan perkongsian dan penggunaan maklumat daripada laporan penyelidikan, pengurusan maklumat penyelidikan tersebut secara berhemah dan sistematik adalah penting, NAHRIM telah mengambil inisiatif membangunkan sebuah aplikasi yang bertindak sebagai platform yang menyimpan semua maklumat laporan penyelidikan yang telah dihasilkan di Malaysia. Fokus pembangunan platform ini adalah untuk membolehkan maklumat-maklumat tersebut diakses, diguna dan dimanipulasi untuk kepelbagaian penggunaan. Platform ini membolehkan maklumat daripada pelbagai penyelidikan berkaitan air dan persekitaran dari pelbagai sumber dikumpul dan dikategorikan mengikut subject matters bagi memudahkan proses pencarian maklumat yang lebih efisen serta pembinaan maklumat yang lebih komprehensif. Pembangunan platform ini bermanfaat kepada banyak pihak dalam usaha mendapatkan maklumat penyelidikan air dan persekitaran di Malaysia dengan merujuk kepada platform yang disediakan. Selain itu, melalui pembangunan platform ini, maklumat-maklumat penyelidikan telah diperkaya dan diperkasakan dengan menggunakan semula maklumat-maklumat penyelidikan yang sedia ada disimpan di dalam platform ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Sultanah Bahiyah Library, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Laporan penyelidikan, pengurusan maklumat, pangkalan data/database
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 08 Oct 2010 06:49
Last Modified: 08 Oct 2010 06:49
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/574

Actions (login required)

View Item View Item