UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pemulihan projek perumahan terbengkalai oleh 'penerima dan pengurus': Isu dan cabaran


Md Dahlan, Nuarrual Hilal (2009) Pemulihan projek perumahan terbengkalai oleh 'penerima dan pengurus': Isu dan cabaran. In: International Conference on Corporate Law (ICCL) 2009, 01-03 June 2009, Surabaya, Indonesia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (444kB)

Abstract

Projek perumahan terbengkalai merupakan suatu fenomena yang menyedihkan berlaku dalam industri perumahan di Semenanjung Malaysia.Walaupun, industri perumahan telah berkembang pesat sejak merdeka, fenomena negatif yang masih berlaku adalah projek-projek perumahan terbengkalai.Meskipun undang-undang dan peraturan-peraturan mengenai tanah, perancangan, bangunan, dan perumahan telah diluluskan oleh Parlimen dan dilaksanakan bertujuan mengawaldan mengatur industri perumahan di Semenanjung Malaysia, masalah projek perumahan terbengkalai masih lagi berlaku.Jesteru, suatu penilaian dan kajian semula terhadap peruntukan undang-undang sedia ada perlu dibuat, secara khususnya Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)1966 (Akta 118) dan peraturan-peraturannya bertujuan untuk mencari dan menyiasat mana-mana kelemahan undang-undang yang telah dan boleh mengakibatkan projek perumahan menjadi terbengkalai dan kesan-kesan yang dibawanya.Kertas kerja ini berbentuk kajian kes dan akan menggunakan metode kajian kes undang-undang, untuk menerokai fenomena dan undang-undang yang berlaku di Bayshore Apaartment, Lot 3979, Tanjuong Bungah, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.Daripada penerangan dan perbincangan kertas kerja ini, diharapkan penemuan-penemuan tertentu akan dapat diperoleh, melibatkan apa-apa kelemahan, masalah dan pendekatan undang-undang, serta usaha-usaha tertentu ke arah memulihkan projek-projek terbengkalai tersebut bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dibawa.Hasil daripada usaha ini juga, secara umumnya, akan berupaya membantu pihak-pihak berkuasa melaksanakan dasar-dasar dan merumuskan pendekatan-pendekatan undang-undang bagi mengelakkan masalah yang sama daripada berlaku.Sekiranya sesuatu projek perumahan terbengkalai itu hendak dipulihkan, penemuan-penemuan dalam kajian ini boleh digunakan bagi memudahkan proses pemulihan dilaksanakan sepenuhnya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-2078-34-0 Jointly Organised By: UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia, Fakultas Hukum, Universitas Airlangga
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Nuarrual Hilal Md. Dahlan
Date Deposited: 30 Dec 2012 08:08
Last Modified: 30 Dec 2012 08:08
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/6522

Actions (login required)

View Item View Item