mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tanah runtuh dan hakisan tanah-Pihak berkuasa perancang bersalah?

Md Dahlan, Nuarrual Hilal and Md Desa, Md Rejab (2009) Tanah runtuh dan hakisan tanah-Pihak berkuasa perancang bersalah? In: International Conference on Corporate Law (ICCL) 2009, 01-03 June 2009, Surabaya, Indonesia.

[thumbnail of Nu10.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (487kB)

Abstract

Peristiwa tanah runtuh yang mengorbankan 5 jiwa, mencederakan 14 dan seorang lagi masih hilang.Beberapa hari kemudiannya disahkan mangsa yang hilang telah tertimbus dan meninggal dunia.Kejadian tanah runtuh tersebut juga telah meranapkan 14 buah rumah di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang baru-baru ini, sekali lagi mengundang persoalan mengenai peranan datanggungiawab Pihak Berkuasa Perancang.Sebagai langkah berjaga-jaga, sejumlah 3,000 hingga 5,000 penduduk di kawasan sekitar telah diarah oleh pihak berkuasa untuk berpindah.Di antara kawasan-kawasan perumahan terbabit adalah Taman Bukit Mewah, Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Utama, Kondominium Impiana Selatan, Kondominium Raya, Kondominium Oakleaf dan Kondominium Kyoto Garden.Penduduk-penduduk pula, menyalahkan Pihak-pihak Berkuasa dalam meluluskan pembangunan di kawasan tersebut tanpa memastikan keselamatan penduduk setempat.Menurut mnaklumat,kejadian tanah runtuh tersebut disebabkan oleh aliran air bawah tanah.Persoalannya adalah, siapakah yang bertanggungjawab dalam masalah ini? Berkemungkinan, Pihak Berkuasa Perancang juga bersalah dalam peristiwa di atas.Kertas kerja ini akan menyingkap dun membincangkan mengenai peranan, liabiliti dan tanggungiawab Pihak Berkuasa Perancang dalam meluluskan kebenaran merancang berdasarkan peruntukan undang-undang seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Peraturan-peraturannya,serta kes undang-undang.Di akhir kertas kerja ini beberapa cadangan undang-undang akan dikemukakan bertujuan untuk mengelakkan kejadian di atas daripada berulang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-2078-34-0 Jointly Organised by: UUM COGIS, Universiti Utara Malaysia & Fakultas Hukum, Universitas Airlangga
Subjects: J Political Science > JS Local government Municipal government
K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan
Date Deposited: 30 Dec 2012 08:12
Last Modified: 30 Dec 2012 08:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6525

Actions (login required)

View Item View Item