UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Tingkat kepuasan penghuni terhadap rumah kos rendah: Kajian kes di Taman Bersatu, Jitra Kedah


Jamaluddin, Zakiyah and Syed Ibrahim, Sharifah Sofiah 'Atiqah and Abu Yazid, Afifah (2000) Tingkat kepuasan penghuni terhadap rumah kos rendah: Kajian kes di Taman Bersatu, Jitra Kedah. In: Seminar Penyelidikan Universiti Utara Malaysia 1999, 1999, Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (358kB)

Abstract

Dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia, beberapa langkah telah diambil menerusi program-program pembangunan.Bermula dari tahun 1971, dalam Rancangan Malaysia Kedua, kerajaan telah melaksanakan program perumahan awam kos rendah bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Malaysia untuk memiliki rumah sendiri.Walau bagaimanapun disebabkan oleh masalah kemelesetan ekonomi dan lain-lain masalah yang bersangkutan, telah memaksa kerajaan untuk melibatkan sektor swasta bagi sama-sama membantu menyelesaikan masalah perumahan kos rendah ini.Satu hakikat yang disedari oleh kerajaan ialah kecenderungan pemaju swasta membina rumah kos sederhana dan mewah berbanding kos rendah disebabkan pulangan yang lebih baik.Namun kerajaan telah menetapkan kuota 30% untuk rumah kos rendah kepada pemaju swasta membina rumah kos sederhana maksimum RM25,000 seunit.Kajian ini dilakukan untuk melihat tingkat kepuasan penghuni di perumahan kos rendah swasta Taman Bersatu , Jitra oleh Cayman Development Sdn. Bhd., khususnya terhadap ciri-ciri fizikal dan keadaan persekitaran perumahan mereka di samping memberi cadangan tambahan tentang model perumahan sebenar menurut perspektif Islam.Hasil kajian telah menunjukkan hampir keseluruhan penghuni dan pelbagai etnik tidak berpuas hati terhadap fizikal rumah yang khusus meliputi ruang dapur yang sebenarnya tidak wujud, kualiti bahan binaan yang terlalu rendah dan keadaan jalan dan parit yang tidak terurus.Manakala ketidakpuasan penghuni terhadap kawasan persekitaran melibatkan taman permainan kanak-kanak yang tidak lengkap dan merbahaya, disamping kemudahan telefon awam yang tidak mencukupi serta aktiviti pembersihan kawasan yang sangat lemah.Ketidakpuasan tersebut berlaku disebabkan oleh ketidaksungguhan pemaju swasta untuk menyediakan perumahan yang selesa atas alasan kos penyenggaraan yang tinggi berbanding harga rumah kos rendah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 9832078121 Anjuran: Pusat Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Zakiyah Jamaluddin
Date Deposited: 31 Dec 2012 04:16
Last Modified: 31 Dec 2012 04:16
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/6699

Actions (login required)

View Item View Item